4 Sept 2017

Kem Bangga Komuniti

Program
Kem Bangga Komuniti

Tarikh
3 November 2017 (Jumaat)  – 4 November 2017 (Sabtu)

Tempat
Dewan Sangam, Lorong K, Aulong Lama, Taiping, Perak

Pengenalan
Projek Komuniti Kavyan dimulakan di Aulong Lama, Taiping, Perak pada Jun 2016. Program bulanan yang dijalankan sehingga kini termasuk Program Latihan Kepimpinan, Program Memartabatkan Bahasa Malaysia, Bengkel Memperkasakan Wanita, Temasya Bahasa, Program Pembimbing Rakan Sebaya, Bengkel Lakonan Pentas, Bengkel Keluarga Harmoni, Bengkel Mencungkil Kreativiti, Bakat Seni dan Budaya Kaum India, Baca Cerpen Siru Kambam III, Bengkel Baca Cerpen Kavyan dan Program Memperkasakan Remaja. Aktiviti mingguan pula termasuk kelas Thevaram, latihan kolattam, kelas silambam, Kelas Malam dan permainan badminton. [Maklumat lanjut] Kesemua program ini dijayakan dengan kerjasama dan komitmen sekumpulan belia dan pemimpin komuniti. Golongan kanak-kanak dan remaja daripada kelompok B40 (keluarga berpendapatan rendah) di Aulong Lama, Aulong dan sekitarnya (Taiping) pula merupakan majoriti peserta Projek Komuniti Kavyan.


Rasional
Dalam Bab 5 Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (2017), dinyatakan hakikat komuniti India yang merupakan “penyumbang penting kepada sejarah pembangunan sosioekonomi, kepelbagaian budaya dan kehidupan seharian di negara ini.” Salah satu sasaran peningkatan penyertaan sosial yang digariskan adalah “memperbaiki persepsi terhadap komuniti India Malaysia oleh meraka yang berada dalam kalangan komuniti itu sendiri dan juga orang luar [kaum-kaum lain].” Kempen “Bangga Komuniti” yang dicadangkan menerusi Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia mensasarkan untuk “mewujudkan kesedaran pada peringkat kebangsaan mengenai kisah-kisah pencapaian komuniti India Malaysia dalam pelbagai sektor, berganding bahu dengan kumpulan etnik lain di Malaysia, dengan menonjolkan individu dan pasukan yang cemerlang seperti penulis, pendidik, usahawan, ahli sains, dermawan, personaliti sukan, artis dan belia yang perprestasi tinggi” serta bertujuan “mencetuskan keinginan untuk berubah dalam kalangan komuniti India Malaysia secara umumnya, dan keluarga yang bermasalah secara khususnya.” Kem Bangga Komuniti pada 3 dan 4 November 2017 akan membuka peluang kepada peserta (kanak-kanak dan remaja) untuk memupuk sikap “bangga komuniti” dengan memahami aspek seni, budaya, agama dan tokoh kaum India tempatan (sekitar Taiping, Perak). Isu-isu yang diperkatakan dalam Forum Remaja, Forum Moral dan Agama, serta Personaliti Bigg Boss pada Program Memperkasakan Remaja (31 Ogos – 1 September 2017) juga akan diteliti semula secara lebih mendalam menerusi kem dua hari ini.


Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam)
Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah)
Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak (Kelab Kesedaran)
Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya

Jawatankuasa Pelaksana
Bagi memastikan program dirancang dan dilaksanakan secara berkesan, penganjur Projek Komuniti Kavyan melantik pegawai berikut untuk bertugas sebagai pembantu pembimbing dan fasilitator.

Pengerusi                 – M. Vanitha Murugan
Pen. Pengerusi        – Mariamah P. Kumarasamy
Setiausaha               – Manivale K. Arumugam
Pen. Setiausaha      – Kayatre Devi Moorthy
Bendahari                – Magesuary Chrishnan
Tugas Khas I           – Loganathan Veloo
Tugas Khas II          – Chitradevi P. Krishnan


Ketua Pembimbing
Uthaya Sankar SB yang merupakan Presiden Kavyan, Pengerusi Insaniah, dan Setiausaha Kelab Kesedaran. Beliau juga pemilik Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya.

Peserta
Seramai 30 kanak-kanak dan remaja berumur 7–20 tahun, dan terdiri daripada individu yang pernah menyertai Projek Komuniti Kavyan sebelum ini, diundang menjadi peserta. Hubungi M. Vanitha Murugan untuk mendapatkan borang penyertaan.

Penyumbang
Sudi menyumbang bagi membantu menampung kos mengendalikan kem ini atau mana-mana program di bawah Projek Komuniti Kavyan? [Rujuk di sini]

Tarikh Tutup
Permohonan ditutup secara muktamad pada 15 Oktober 2017.


Rangka Atur Cara
Berikut adalah rangka pengisian program yang menerapkan unsur bangga komuniti, kaunseling, pembimbing rakan sebaya, penerapan nilai dan moral, disiplin, kesedaran kepentingan pendidikan, kapasiti diri, kepimpinan, kemahiran insaniah, isu kekeluargaan, isu sosial, isu-isu kanak-kanak dan remaja, gangsterisme, gangguan seksual, kes buli, integrasi nasional dan sebagainya:


3 November 2017 (Jumaat)

8:45 pagi
Ketibaan peserta di Dewan Sangam

9:00 pagi [Waktu Kavyan]
Taklimat dan peraturan oleh ketua pembimbing
Jawatankuasa Pelaksana memperkenalkan diri

10:00 pagi
Permainan Tradisional Komuniti India - [LIHAT FOTO] - [VIDEO PENDEK]

11:30 pagi
Membincangkan dapatan dan cadangan sesi permainan tradisional
Pembentangan berkumpulan dan soal-jawab - [LIHAT FOTO]

1:00 petang
Makan tengah hari
Perancangan persembahan (Majlis Perasmian)

2:00 petang
Kempen Bangga Budaya
Peserta (dalam kumpulan baharu) membincangkan isu-isu berkaitan kebudayaan dan kesenian tradisional kaum India, serta cadangan bagi meningkatkan penghayatan dalam kalangan komuniti setempat

4:00 petang
Minum petang
Persiapan bagi Majlis Perasmian
Ketibaan ibu, bapa dan penjaga (penonton)
Ketibaan tetamu undangan

5:00 petang
Majlis Perasmian Kem Bangga Komuniti - [FOTO DI SINI]
Persembahan peserta -- Tarian Kolattam
Ucapan Alu-aluan oleh pengerusi Sangam
Persembahan peserta -- Demonstrasi Silambam
Ucapan Pengenalan I oleh pengerusi Kelab Kesedaran
Persembahan peserta -- Nyanyian
Ucapan Pengenalan II oleh pengerusi SEEDs Perak
Persembahan peserta -- Tarian Tradisional
Ucapan Perasmian oleh Ketua Pemuda MIC Perak
Penyampaian Sijil Penyertaan Program Memperkasakan Remaja
Penyampaian cenderamata kepada tetamu
Sesi fotografi berkumpulan

6:00 petang
Program ditangguhkan sehingga esok
Ibu bapa dan penjaga membawa peserta pulang


4 November 2017 (Sabtu)

8:30 pagi
Ketibaan peserta di Dewan Sangam
Sarapan

9:00 pagi [Waktu Kavyan]
Sesi Moral dan Agama - [FOTO DI SINI]
Perkongsian kisah-kisah moral dalam tradisi India/Hindu
Nyanyian lagu-lagu Thevaram
Panduan meditasi (thiayanam)
(Peserta Islam/Kristian boleh berkongsi kisah agama masing-masing)

11:00 pagi
Surat Suara Hati Kanak-kanak dan Remaja - [VIDEO PENDEK]
Setiap peserta perlu menulis surat yang ditujukan kepada ibu, bapa atau penjaga masing-masing. Kandungan surat adalah hal-hal yang mahu disampaikan kepada ibu, bapa atau penjaga, tetapi belum pernah diceritakan kepada mereka. Setiap peserta membaca surat masing-masing di pentas.

1:00 petang
Makan tengah hari

2:00 petang
Sesi Permainan Di Dalam Dewan
Contoh: Musical chair, Chikka Bomb dll
Permainan dirancang dan dikendalikan oleh remaja sendiri

4:00 petang
Minum petang
Mencalonkan peserta terbaik
Perbincangan berkumpulan

5:00 petang
Pembentangan Berkumpulan
Peserta membentangkan laporan dan cadangan berdasarkan aktiviti Kem Bangga Komuniti; diikuti sesi soal-jawab

6:00 petang
Ucapan Peserta Terbaik
Ulasan Jawatankuasa Pelaksana
Sesi fotografi berkumpulan - [FOTO DI SINI]
Bersurai


Penutup dan Harapan
Penganjur dan Jawatankuasa Pelaksana berharap golongan kanak-kanak dan remaja yang menyertai Kem Bangga Komuniti akan memperkasakan diri, memperoleh pelbagai manfaat, meningkatkan kapasiti diri, menjadi golongan bersikap ‘peduli budaya’ yang prihatin terhadap seni dan budaya tradisional kaum India, serta lebih komited dalam menjayakan Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama, Taiping. Mereka juga diharap menunjukkan sifat-sifat kepimpinan dan kematangan, serta layak diangkat menjadi calon pemimpin pelapis kepada projek berkenaan pada masa hadapan. Hubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan.