10 Oct 2016

Tabung Projek Komuniti Kavyan

Selepas difikirkan dan dirancang sekian lama, kini Tabung Kebajikan Kavyan dimulakan berikutan sokongan dan sumbangan ikhlas beberapa rakan yang prihatin dan budiman.

Tabung ini menerima dana/sumbangan/derma daripada orang ramai, dan diuruskan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), serta Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya.

Wang yang terkumpul digunakan untuk menampung kos Projek Komuniti Kavyan -- senarai aktiviti di sini -- yang dijalankan secara bulanan bagi penduduk B40 di Aulong Lama, Taiping, Perak.

Nota: Mulai Januari 2017, ia dikenali sebagai Tabung Projek Komuniti Kavyan.

PENYUMBANG

Sumbangan diterima dalam bentuk wang, atau barangan. Nama penyumbang akan dipaparkan di media sosial hanya jika diberikan izin oleh individu terbabit.

Sumbangan boleh diberikan secara bulanan, atau sekali sahaja. Tiada had minimum/maksimum jumlah sumbangan. [NOMBOR AKAUN BANK]


Segala sumbangan dijamin akan diuruskan secara baik dan beretika, tanpa ada sebarang ketirisan, bagi menjalankan Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama; sama ada bagi aktiviti bulanan, atau sumbangan kepada pelajar dan keluarga yang memohon bantuan.


Individu prihatin yang mahu menyumbang, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 018-2214269 (Uthaya Sankar SB) atau 011-11411952 (WhatsApp sahaja) untuk maklumat lanjut. [NOMBOR AKAUN BANK]

JAMINAN KAVYAN

Kavyan memberi jaminan bahawa sumbangan akan disalurkan secara telus dan beretika kepada penerima yang layak. Foto para penerima (individu atau kumpulan) akan dipaparkan di media sosial sebagai bukti. Resit pembelian barangan juga boleh dikemukakan atas permintaan. Nama penyumbang hanya dipaparkan di media sosial jika diberi kebenaran.

PENERIMA SUMBANGAN

Dana dalam Tabung Kebajikan Kavyan akan digunakan khususnya bagi memberi bantuan kepada golongan kanak-kanak dan remaja (bawah 20 tahun) dalam bidang pendidikan, dan aktiviti di bawah Projek Komuniti Kavyan.

Bantuan juga akan diberikan kepada keluarga miskin menjelang musim perayaan; dan kepada individu yang memerlukan bantuan yang difikirkan wajar.

Keutamaan diberikan kepada individu/keluarga yang biasa menyertai Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama.


Tiada had umur, serta tiada batas kaum dan agama. Bagaimanapun, penerima bantuan wajib warganegara Malaysia.

Setiap permohonan akan dinilai oleh jawatankuasa khas yang dilantik oleh Kavyan. Jawatankuasa ini berhak menolak mana-mana permohonan tanpa perlu memberikan sebarang alasan kepada sesiapa.

Pemohon – atau ibu bapa, atau penjaga – perlu mengisi borang yang disediakan. Penyokong juga boleh menulis ulasan. Borang ini wajib diisi menggunakan Bahasa Malaysia.

Setiap permohonan wajib disertakan salinan dokumen seperti MyKad (atau sijil kelahiran) murid/pelajar, serta MyKad ibu bapa. Salinan dokumen lain juga akan diminta mengikut keperluan bantuan yang dipohon. Misalnya, slip gaji, kad OKU, rekod perubatan, atau maklumat majikan. Hubungi pihak Kavyan untuk maklumat lanjut dan borang permohonan.

Kavyan TIDAK menyediakan perkhidmatan fotokopi!

Kavyan berhak menyiarkan foto dan maklumat penerima bantuan di media sosial dan blog mengikut keperluan.



PROJEK KOMUNITI KAVYAN

Projek Komuniti Kavyan dikendalikan sepenuhnya oleh Kavyan menerusi sumbangan dana daripada orang ramai kepada Tabung Projek Komuniti Kavyan. [Baca Topik Berkaitan] Buat masa sekarang [sejak Jun 2016], Projek Komuniti Kavyan dijalankan di Aulong Lama, Taiping, Perak. Projek sukarela ini bertujuan memperkasakan komuniti akar umbi, khususnya golongan kanak-kanak, remaja, belia dan wanita kaum India.

Nota: Tabung Kebajikan Kavyan TIDAK menyediakan sumbangan wang tunai, atau pakaian musim perayaan.

SUMBANGAN PERSEKOLAHAN

Bantuan persekolahan – seperti pakaian seragam, kasut, alat tulis, buku tulis, yuran PIBG dan sebagainya – boleh dipohon oleh kanak-kanak dan remaja yang belajar di sekolah rendah atau menengah sahaja. Borang perlu diisi oleh ibu bapa atau penjaga.

Salinan keputusan peperiksaan terkini di sekolah perlu dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Murid/pelajar yang diberikan bantuan akan dipantau secara berterusan oleh wakil Kavyan.

Tarikh tutup MUKTAMAD untuk membuat permohonan adalah pada 31 Oktober 2017 (Selasa), pukul 12:00 tengah hari [Waktu Kavyan]. Hubungi Kavyan untuk mendapatkan borang permohonan.

Setiap permohonan akan dinilai oleh jawatankuasa khas, dan penerima yang layak (sahaja) akan dihubungi menerusi telefon selewat-lewatnya pada 30 November 2017, pukul 8:00 malam. Keluarga dan guru pemohon mungkin diwawancara.

Pemohon yang layak (sahaja) akan menerima sumbangan. 

Nota: Tabung Kebajikan Kavyan TIDAK menyediakan sumbangan wang tunai, atau elaun bulanan.

Contoh bantuan yang mungkin diluluskan

Barangan makanan (keperluan harian); termasuk bagi perayaan
Alat tulis (sekolah)
Buku tulis (sekolah)
Pakaian seragam (sekolah)
Kasut/stokin (sekolah)
Yuran PIBG
Yuran kelas tambahan (bukan di pusat tuisyen)
Cermin mata (bukan fesyen)
Membeli ayam/itik/angsa untuk diternak
Membeli makanan anak ayam/itik/angsa
Membeli benih/anak pokok sayur-sayuran
Bantuan kurang daripada RM100
Bantuan sekali sahaja (one off)
Membeli sesuatu yang boleh membantu menjana pendapatan berterusan
  
Contoh bantuan yang mungkin ditolak

Wang tunai
Membaiki rumah/pagar/bumbung
Sewa rumah/bilik
Bil air/elektrik/Astro
Membaiki/membeli kenderaan bermotor
Membaiki/membeli peralatan mesin
Membeli barangan elektrik/elektronik/komputer
Membeli peralatan telefon dan telefon pintar
Bantuan melebihi RM200
Bantuan secara bulanan (berulang)
Yuran kelas tambahan di pusat tuisyen
Pakaian baharu sempena perayaan budaya/agama
Barangan solekan/perhiasan/kecantikan
Berkaitan arak, judi dan seumpamanya
Apa-apa barangan yang bukan keperluan asas
   
MAKLUMAT LANJUT

Mulai Januari 2017, Tabung Kebajikan Kavyan dikenali sebagai Tabung Projek Komuniti Kavyan. Hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 018-2214269 (Uthaya) untuk maklumat lanjut, atau jika ada sebarang pertanyaan. [NOMBOR AKAUN BANK]