Thursday, 13 July 2017

Program Memperkasakan Remaja

Program
Program Memperkasakan Remaja

Tarikh
31 Ogos – 1 September 2017

Tempat
Sebuah inap desa (homestay) di Aulong, Taiping

Pengenalan
Projek Komuniti Kavyan dimulakan di Aulong Lama, Taiping, Perak pada Jun 2016. Program bulanan yang dijalankan sehingga kini termasuk Program Latihan Kepimpinan, Program Memartabatkan Bahasa Malaysia, Bengkel Memperkasakan Wanita, Temasya Bahasa, Program Pembimbing Rakan Sebaya, Bengkel Lakonan Pentas, Bengkel Keluarga Harmoni, Bengkel Mencungkil Kreativiti, Bakat Seni dan Budaya Kaum India, Baca Cerpen Siru Kambam III dan Bengkel Baca Cerpen Kavyan. Aktiviti mingguan pula termasuk kelas Thevaram, latihan kolattam, kelas silambam, Kelas Malam dan permainan badminton. Golongan kanak-kanak dan remaja daripada kelompok B40 (keluarga berpendapatan rendah) merupakan majoriti peserta. [Senarai aktiviti di sini]


Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Dengan Kerjasama
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam)
Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah)
Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak (Kelab Kesedaran)

Rasional
Memandangkan golongan remaja (13–20 tahun) sangat berminat menyertai Projek Komuniti Kavyan, maka Program Pembimbing Rakan Sebaya pernah diadakan khusus untuk mereka pada 26 November 2016. Pada kali ini, penganjur mahu mengadakan program selama minimum dua hari supaya dapat memberikan impak yang lebih besar serta melihat perubahan yang lebih nyata dalam kalangan peserta remaja.


Peserta
Seramai 20 remaja berumur 13–20 tahun, dan terdiri daripada individu yang pernah menyertai Projek Komuniti Kavyan sebelum ini.

Pembimbing
Wakil Kavyan, Sangam, Insaniah dan Kelab Kesedaran akan dilantik menjadi pembimbing dan fasilitator. Mereka terdiri daripada pemimpin komuniti yang sudah biasa dengan konsep dan pengisian Projek Komuniti Kavyan. Uthaya Sankar SB akan bertindak sebagai penyelaras dan ketua pembimbing.

Jawatankuasa Pelaksana
Bagi memastikan program dirancang dan dilaksanakan secara berkesan, penganjur Projek Komuniti Kavyan melantik pegawai berikut untuk turut bertugas sebagai pembantu pembimbing dan fasilitator.

Pengerusi – M. Vanitha Murugan
Setiausaha – Kayatre Devi Moorthy
Bendahari – Mariamah P. Kumarasamy
Tugas Khas – Loganathan Veloo

Pengisian Program
Pengisian program mengambil kira penerapan unsur kaunseling, pembimbing rakan sebaya, penerapan nilai dan moral, disiplin, kesedaran kepentingan pendidikan, kapasiti diri, kepimpinan, kemahiran inasniah, isu kekeluargaan, isu sosial, bangga komuniti, integrasi nasional dan sebagainya yang selaras Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Atur cara lengkap diberikan kepada peserta dan pembimbing. [Album Foto 1] [Album Foto 2] [Album Foto 3] [Album Foto 4]


Penghargaan
Rakaman penghargaan kepada Citra Devi, Surendran Govindasamy, Magesuary Chrishnan dan Vanitha Murugan yang menaja makanan.

Penutup dan Harapan
Program Memperkasakan Remaja mendapat sambutan dan sokongan daripada golongan remaja, ibu bapa dan pemimpin komuniti di Aulong Lama, Aulong, Taiping dan sekitarnya. Bagaimanapun, memandangkan rata-rata komuniti India di kawasan berkenaan tergolong dalam kumpulan B40 (isi rumah berpendapatan rendah), sumbangan luar amat diperlukan untuk menampung kos bagi melaksanakan program ini. Program ini amat penting dan berkesan untuk mengenal pasti suara hati golongan remaja menerusi pengisian acara santai yang dirancang. Pada masa sama, penganjur selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi jambatan penghubung antara kerajaan dan rakyat untuk menyampaikan maklumat; khususnya maklumat berkaitan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan, atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142 (Uthaya Sankar SB) atau 016-5555453 (Vanitha Murugan).