11 Feb 2018

Program Memperkasakan Wanita dan Beliawanis

Projek
Projek Komuniti Kavyan

Program
Program Memperkasakan Wanita dan Beliawanis


Tarikh
10, 11, 17 dan 18 Mac 2018 (Sabtu dan Ahad)

Dewan Sangam, Lorong K, Aulong Lama, Taiping, Perak
Waze – Lorong K, Taiping, Perak

Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam)
Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak (Kelab Kesedaran)

Dengan Kerjasama
Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF)

Sempena

Pengenalan
Projek Komuniti Kavyan dimulakan di Aulong Lama, Taiping, Perak pada Jun 2016. [Sila Klik di Sini untuk Maklumat lanjut] Program Memperkasakan Wanita dan Beliawanis merupakan usaha bersepadu bagi mengenal pasti isu-isu masyarakat akar umbi (B40), serta usaha memperkasakan komuniti dan golongan minoriti; dengan tumpuan khusus kepada wanita dan beliawanis. Ia selaras perkara yang terkandung dalam Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (2017). Program ini juga sempena Tahun Memperkasakan Wanita yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 17 Januari 2018.


Peserta
Penyertaan terbuka kepada golongan wanita dan beliawanis (minimum 16 tahun) pelbagai kaum dan agama di Daerah Larut dan Matang, Perak. Golongan lelaki yang mahu terlibat membincangkan pelbagai topik berkaitan wanita juga dialu-alukan. Individu yang berminat perlu mengisi borang penyertaan – lihat di bawah.

Borang Penyertaan
Setiap individu yang mahu mengambil bahagian perlu mengambil borang penyertaan dari Dewan Sangam. Borang yang sudah lengkap diisi perlu diserahkan semula kepada Jawatankuasa Pelaksana di Dewan Sangam – senarai di bawah.

Tarikh Tutup
Permohonan ditutup secara muktamad pada 24 Februari 2018. Penyertaan lewat, borang yang tidak lengkap atau tidak diisi dengan betul, serta borang yang tidak dihantar semula ke Dewan Sangam, tidak akan dilayan.

Jawatankuasa Pelaksana
Bagi memastikan Program Memperkasakan Wanita dan Beliawanis  dirancang dan dilaksanakan secara berkesan, Kavyan selaku penganjur Projek Komuniti Kavyan dan Uthaya Sankar SB selaku Jurulatih Bertauliah HRDF melantik pegawai berikut sebagai jawatankuasa dalam mesyuarat pada 8 Februari 2018:

Penyelaras I – M. Vanitha Murugan - [VIDEO]
Penyelaras II – Mariamah P. Kumarasamy

10 Mac 2018 (Sabtu)
Pengerusi – Jegavani Lengkan
Setiausaha – Christiana Francis
Bendahari – Blothiren Paul Handry

11 Mac 2018 (Ahad)
Pengerusi – Mathana Nagarajan
Setiausaha – Soabanaa Balan
Bendahari – Harini Subramaniam

17 Mac 2018 (Sabtu)
Pengerusi – Manju Subramaniam
Setiausaha – Hanoosurriyah Sager
Bendahari – Saanthanakumar Mathiyalagan

18 Mac 2018 (Ahad)
Pengerusi – Sharwin Sager
Setiausaha – Pavitthirah Mathiyalagan
Bendahari – Loganathan Veloo

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
Selepas tarikh tutup penyertaan pada 24 Februari 2018, Jawatankuasa Pelaksana akan mengadakan mesyuarat pada 28 Februari 2018 (dikendalikan oleh penyelaras), dan 9 Mac 2018 (dikendalikan oleh jurulatih). Perbincangan, perancangan dan urusan lain bermula pada 8 Februari 2018 dan dikendalikan menerusi WhatsApp.

[Klik untuk besarkan]
Foto dan Video
15 Foto acara 10 Mac 2018 - [KLIK DI SINI]
11 Foto acara 17 Mac 2018 - [KLIK DI SINI]
5 Video acara 17 Mac 2018 - [KLIK DI SINI]
6 Video acara 17 Mac 2018 - [KLIK DI SINI]
19 Foto acara 18 Mac 2018 - [KLIK DI SINI]
24 Foto acara 18 Mac 2018 - [KLIK DI SINI]
Video kolattam pada 18 Mac 2018 - [KLIK DI SINI]
Video penanda buku pada 18 Mac 2018 - [KLIK DI SINI]
Video melukis kolem pada 18 Mac 2018 - [KLIK DI SINI]
8 Foto kolem oleh 8 peserta pada 18 Mac 2018 - [KLIK DI SINI]

Penutup dan Harapan
Pelaksanaan Program Memperkasakan Wanita dan Beliawanis di bawah Projek Komuniti Kavyan pasti akan mencapai objektif, kesan dan hasil yang diinginkan sekiranya mendapat sokongan dan sumbangan daripada semua pihak terbabit. Apabila golongan wanita sudah diperkasakan, maka kesan positif akan turut diterima oleh keluarga (suami, anak-anak, adik-beradik), sanak-saudara, jiran-tetangga, dan masyarakat sekeliling. Masyarakat akar umbi di Aulong, Aulong Lama dan sekitarnya diharap menjadi komuniti yang berwawasan dan mampu mencapai mobiliti dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan, seni dan budaya.

Maklumat Lanjut
Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Projek Komuniti Kavyan. Orang ramai juga boleh menyumbang kepada Tabung Projek Komuniti Kavyan bagi membantu menampung kos pengendalian pelbagai program di bawah projek komuniti ini. Layari Blog Kavyan dari semasa ke semasa untuk maklumat pelbagai aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya.