Thursday, 26 October 2017

Bengkel Penulisan Kreatif

Aktiviti:
Bengkel Penulisan Kreatif

Jaminan:
Di akhir bengkel ini, para peserta akan memahami teknik dan selok-belok menghasilkan manuskrip karya kreatif seperti puisi dan cerpen yang bermutu dan sesuai untuk siaran majalah-majalah berwibawa.

Rasional:
Penglibatan penulis pelbagai kaum yang mampu memaparkan keunikan dan variasi adat dan budaya menerusi karya sastera seperti puisi dan cerpen yang ditulis menggunakan Bahasa Malaysia pasti membantu memperkaya khazanah sastera kebangsaan. Sebagai usaha membimbing individu pelbagai kaum, suatu bengkel penulisan kreatif dikendalikan khusus bagi melahirkan penulis baharu; khususnya dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan belia di negeri Selangor. Bengkel intensif jangka pendek berbentuk ceramah, diskusi, dialog dan latihan ini direka khas untuk memberi panduan komprehensif kepada penulis muda dan bakal penulis pelbagai kaum berhubung etika, teknik, format, gaya dan panduan penulisan puisi dan cerpen bagi akhbar dan majalah. Bengkel ini juga sesuai bagi murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA/IPTS, guru, penulis muda, peminat sastera dan orang ramai yang berminat mendalami selok-belok penulisan puisi dan cerpen. Individu yang tidak bercadang menjadi penulis tetapi mahu mendapatkan pengalaman juga dipelawa menyertai bengkel ini.


Tarikh:
26 November 2017 (Ahad)

Masa:
10:00 pagi – 6:00 petang

Tempat:
Dewan Azalea, Pusat Komuniti Sosial Zon 9,
33 Jalan Tokoh 25/28, Taman Sri Muda,
40400 Shah Alam, Selangor
WazeDewan Azalea

Penganjur Bersama
Team Selangor, Seketariat Kesedaran Kenegaraan dan Kesukarelaan Negeri Selangor
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 9 (Taman Sri Muda) 
Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA)

Rakan Media:

Objektif
1 Mencungkil bakat baru penulis puisi dan cerpen dalam kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai kaum di Selangor.
2 Memberi pendedahan awal mengenai teknik penulisan puisi dan cerpen kepada peserta yang masih baharu dalam penulisan kreatif.
3 Menyediakan peserta bagi menghasilkan cerpen bermutu untuk siaran di majalah; khasnya Dewan PelajarTunas Cipta, Dewan Siswa, Pelita Bahasa dan Dewan Budaya.
4 Memupuk minat dan kecintaan terhadap Bahasa Malaysia dalam kalangan belia dan penulis pelbagai kaum.
5 Melahirkan penulis dan pencinta bahasa dan sastera dalam kalangan penduduk Selangor.

Peserta:
Individu pelbagai kaum (kanak-kanak, belia, remaja, pelajar, dewasa) yang berminat mempelajari teknik menghasilkan puisi dan cerpen bermutu. Individu yang belum ada pengalaman menulis juga boleh menjadi peserta. Umur minimum 10 tahun dan berminat mengetahui teknik menulis puisi dan cerpen bagi bacaan kanak-kanak, remaja dan belia. PERCUMA. Para peserta wajib berpakaian sopan apabila menyertai mana-mana aktiviti Kavyan. Sila bawa buku nota dan alat tulis untuk mencatat nota.

Karya Peserta:
Peserta akan dibimbing mencari idea, mengumpulkan bahan dan menulis puisi dan cerpen semasa bengkel ini. Hasil karya akan dibincangkan dan diberi komen untuk dibaiki. Hasil karya yang bermutu akan disalurkan ke majalah yang sesuai untuk disiarkan. Bagi karya-karya yang disiarkan di majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), penulis akan menerima honorarium (bayaran).

Pendaftaran Peserta:
Individu yang berminat menyertai bengkel ini perlu melakukan pendaftaran awal menggunakan Borang Pendaftaran Dalam Talian. Pendaftaran dan penyertaan adalah PERCUMA tetapi mengikut konsep “yang dahulu didahulukan” kerana jumlah peserta adalah terhad. Pendaftaran peserta diuruskan oleh Kavyan. [Borang di Sini]

Sijil Penyertaan:
Setiap peserta yang mendaftar awal serta menyertai bengkel dengan sepenuhnya akan menerima sijil penyertaan daripada penganjur.


Pembimbing:
Uthaya Sankar SB berpengalaman mengendalikan bengkel penulisan sejak 1994. Karya kreatif yang dihasilkannya tersiar di hampir semua akhbar dan majalah arus perdana sejak 1992 serta mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah; termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 dan 1998/99). Uthaya juga jurulatih bertauliah yang diiktiraf Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF). Beliau akan dibantu beberapa Sasterawan Kavyan.
Bahasa:
Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan bahasa-bahasa lain hanya mengikut keperluan.

Rangka Atur Cara:
Berikut rangka atur cara bagi bengkel. Para peserta diminta mematuhi ketepatan masa.

9:30 pagi
Ketibaan peserta, pengesahan pendaftaran
[Sarapan TIDAK disediakan]

10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Sesi Pertama
Puisi Tradisional dan Moden
Panduan menulis pantun
Selingan – baca puisi

11:30 pagi
Sesi Kedua
Unsur-unsur cerpen
Panduan menulis cerpen
Selingan – baca cerpen

1:00 petang
Makan tengah hari, solat, rehat

2:00 petang
Sesi Ketiga
Latihan menulis pantun dan cerpen
Bedah karya peserta
Panduan memantapkan manuskrip
Panduan mengirim karya ke akhbar/majalah

5:00 petang
Ucapan Ahli Majlis Taman Sri Muda
Ucapan wakil Team Selangor
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan - [LIHAT FOTO DI SINI]
Bersurai

Maklumat Lanjut:
Orang ramai boleh menghubungi infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 (Kavyan) jika ada sebarang pertanyaan atau jika mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung bengkel ini.