27 Nov 2017

Bengkel Bedah Karya Kreatif


Aktiviti:
Bengkel Bedah Karya Kreatif (Cerpen/Novel)

Tarikh:
17 Disember 2017 (Ahad)

Masa:
9:00 pagi – 5:00 petang

Tempat:
Bilik Mesyuarat, Pusat Komuniti Sosial Zon 9,
22 Jalan Tokoh 25/28, Taman Sri Muda,
40400 Shah Alam, Selangor
WazeDewan Azalea, Jalan Tokoh 25/28, Taman Sri Muda

Penganjur Bersama
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 9 (Taman Sri Muda)
Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA)

Pengenalan:
Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi dan Cerpen) berlangsung pada 26 November 2017. Ia dianjurkan dengan kerjasama Team Selangor, Seketariat Kesedaran Kenegaraan dan Kesukarelaan Negeri Selangor, serta Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 9 (Taman Sri Muda) Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA). Di akhir bengkel berkenaan, para peserta memahami teknik dan selok-belok menghasilkan manuskrip karya kreatif seperti puisi dan cerpen yang bermutu dan sesuai untuk siaran majalah-majalah berwibawa. Bengkel Bedah Karya Kreatif (Cerpen/Novel) dianjurkan sebagai susulan dan kesinambungan kepada bengkel berkenaan.

Rasional:
Penglibatan penulis pelbagai kaum yang mampu memaparkan keunikan dan variasi adat dan budaya menerusi karya sastera seperti cerpen dan novel yang ditulis menggunakan Bahasa Malaysia pasti membantu memperkaya khazanah sastera kebangsaan. Sebagai usaha membimbing individu pelbagai kaum, suatu bengkel penulisan kreatif dikendalikan khusus bagi melahirkan penulis baharu; khasnya dalam kalangan remaja dan belia yang mahu menghasilkan cerpen dan novel. Bengkel intensif jangka pendek berbentuk ceramah, diskusi, dialog dan latihan ini direka khas untuk memberi panduan komprehensif kepada penulis muda dan bakal penulis pelbagai kaum berhubung etika, teknik, format, gaya dan panduan penulisan cerpen dan novel bagi penerbitan. Bengkel ini juga sesuai bagi pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA/IPTS, guru, penulis muda, peminat sastera dan orang ramai yang berminat mendalami selok-belok penulisan cerpen dan novel. Peserta perlu mengemukakan manuskrip cerpen atau satu bab novel untuk layak menyertai bengkel ini. Peserta juga dikenakan bayaran penyertaan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar komited memohon menjadi peserta.

Objektif
1 Mencungkil bakat penulis cerpen dan novel dalam kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai kaum, khasnya di Selangor.
2 Memberi pendedahan tambahan mengenai teknik penulisan cerpen dan novel kepada peserta yang masih baharu dalam penulisan kreatif.
3 Menyediakan peserta bagi menghasilkan cerpen bermutu untuk siaran di majalah; khasnya Dewan PelajarTunas Cipta, Dewan Siswa, Pelita Bahasa dan Dewan Budaya.
4 Memupuk minat dan kecintaan terhadap Bahasa Malaysia dalam kalangan remaja, belia dan penulis pelbagai kaum.
5 Melahirkan penulis dan pencinta bahasa dan sastera bermutu, khususnya dalam kalangan penduduk Selangor.

Peserta:
Penyertaan dihadkan kepada 15 individu pelbagai kaum (belia, remaja, pelajar, dewasa) yang berminat mendalami teknik menghasilkan cerpen dan novel bermutu. Umur minimum – 15 tahun.

Karya Peserta:
Peserta perlu mengemukakan draf manuskrip cerpen atau rangka satu bab novel untuk layak menjadi peserta. Panjang draf/rangka adalah sekitar 2-5 halaman sahaja. Peserta akan dibimbing mencari idea, mengumpulkan bahan dan menulis cerpen dan novel; dengan menjadikan manuskrip/draf peserta sebagai bahan kajian. Hasil karya akan dibincangkan dan diberi komen untuk dibaiki. Manuskrip cerpen yang bermutu akan disalurkan ke majalah yang sesuai untuk disiarkan.




Mengirim Manuskrip:
Peserta perlu menaip manuskrip/draf/rangka menggunakan Microsoft Word dengan format langkau dua (double spacing), fon Arial, saiz 12. Panjang draf/rangka adalah sekitar 2-5 halaman sahaja. Manuskrip ini perlu ada judul/tajuk, dan dikirim sebagai lampiran (attachment) ke infokavyan@yahoo.com.my selepas yuran dibayar dan borang penyertaan dihantar. Pastikan nama peserta dinyatakan pada manuskrip cerpen/novel yang dikirim.

Yuran Penyertaan:
Peserta dikenakan bayaran RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) bagi menampung kos fotokopi bahan, nota, sijil penyertaan, makan tengah hari dan sebagainya. [Tidak perlu kirim slip bayaran. Simpan untuk rekod/rujukan sendiri.] Yuran tidak dikembalikan jika peserta gagal hadir atau menarik diri.

Pendaftaran Peserta:
Individu yang berminat menyertai bengkel ini perlu melakukan pendaftaran awal menggunakan Borang Pendaftaran Dalam Talian. Pendaftaran adalah mengikut konsep “yang dahulu didahulukan” kerana hanya 15 peserta dibenarkan menyertai bengkel ini. Pendaftaran peserta hanya diuruskan oleh Kavyan. [Borang di Sini]

Sijil Penyertaan:
Setiap peserta yang mendaftar awal serta menyertai bengkel dengan sepenuhnya akan menerima sijil penyertaan daripada penganjur.

Pembimbing:
Uthaya Sankar SB berpengalaman mengendalikan bengkel penulisan sejak 1994. Karya kreatif yang dihasilkannya tersiar di hampir semua akhbar dan majalah arus perdana sejak 1992 serta mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah; termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 dan 1998/99). Uthaya juga jurulatih bertauliah yang diiktiraf Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF). [Biodata Penuh]


Bahasa:
Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan bahasa-bahasa lain hanya mengikut keperluan.

Rangka Atur Cara:
Berikut rangka atur cara bagi bengkel. Para peserta diminta mematuhi ketepatan masa.

9:00 pagi
Ketibaan peserta, pengesahan pendaftaran
[Sarapan TIDAK disediakan]

9:30 pagi
Peserta memperkenalkan diri

10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Sesi Pertama
Panduan menulis cerpen
Aspek teknikal – format manuskrip
Aspek kandungan – unsur WOW!

11:00 pagi
Sesi Kedua
Bedah Karya – Cerpen
Komen pembimbing dan peserta

1:00 petang
Makan tengah hari, solat, rehat

2:00 petang [Waktu Kavyan]
Sesi Ketiga
Bedah Karya – Novel
Komen pembimbing dan peserta

4:00 petang
Ucapan Ahli Majlis Taman Sri Muda
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan
Bersurai

Maklumat Lanjut:
Orang ramai boleh menghubungi infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 (Kavyan) jika ada sebarang pertanyaan atau jika mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung bengkel ini. (Bagi pertanyaan yang jawapan sudah ada di blog ini, maka pertanyaan itu tidak akan dilayan.)