16 Jan 2018

Permainan Tradisional Kaum India

Program
Permainan Tradisional Kaum India

Tarikh
10 Februari 2018 (Sabtu)

Masa
2:00 – 6:00 petang [Waktu Kavyan]

Tempat
Dewan Sangam, Lorong K, Aulong Lama, Taiping, Perak
Waze – Lorong K, Taiping, Perak

Penganjur Bersama
Pertubuhan Kebajikan Samuthaya Paarvai Malaysia (Samuthaya Paarvai)
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam)
Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional
Daerah Larut dan Matang, Perak (Kelab Kesedaran)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)


Pengenalan
Projek Komuniti Kavyan dimulakan di Aulong Lama, Taiping, Perak pada Jun 2016. Program bulanan yang dijalankan sehingga kini termasuk Program Latihan Kepimpinan, Program Memartabatkan Bahasa Malaysia, Bengkel Memperkasakan Wanita, Temasya Bahasa, Program Pembimbing Rakan Sebaya, Bengkel Lakonan Pentas, Bengkel Keluarga Harmoni, Bengkel Mencungkil Kreativiti, Bakat Seni dan Budaya Kaum India, Baca Cerpen Siru Kambam III, Bengkel Baca Cerpen Kavyan, Program Memperkasakan Remaja, Kem Bangga Komuniti, Pertunjukan Anekaragam dan Kem Keluarga Bahagia. Aktiviti mingguan pula termasuk kelas Thevaram, latihan kolattam, kelas silambam, Kelas Malam dan permainan badminton. [Maklumat lanjut]

Kesemua program ini dijayakan dengan kerjasama dan komitmen sekumpulan belia, remaja dan pemimpin komuniti. Golongan kanak-kanak dan remaja, serta golongan wanita dan suri rumah daripada kelompok B40 (keluarga berpendapatan rendah) di Daerah Larut dan Matang, Perak merupakan majoriti peserta Projek Komuniti Kavyan. [Maklumat lanjut]

Objektif
1. Memupuk pemahaman dan kecintaan terhadap permainan tradisional kaum India
2. Mengukuhkan perpaduan dan persefahaman menerusi permainan tradisional
3. Memberi kesedaran tentang kepentingan budaya, seni dan pendidikan bagi memperkasakan komuniti
4. Mewujudkan persefahaman, kasih-sayang, dan perasaan saling memahami serta harmoni antara masyarakat  

Klik untuk besarkan dan melihat nombor telefon

Peserta
Penyertaan terbuka kepada penduduk pelbagai kaum dan agama di Daerah Larut dan Matang, Perak. Individu yang berminat perlu mengisi borang penyertaan.

Borang Penyertaan
Setiap individu yang mahu mengambil bahagian perlu mengambil borang penyertaan dari Dewan Sangam. Borang yang sudah lengkap diisi, berserta bayaran, perlu diserahkan semula kepada Jawatankuasa Pelaksana di Dewan Sangam.

Bayaran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM3.00 sahaja. Bayaran tidak dikembalikan jika peserta tidak hadir atau menarik diri.

Tarikh Tutup
Permohonan ditutup secara muktamad pada 28 Januari 2018. Penyertaan lewat, borang yang tidak lengkap atau tidak diisi dengan betul, tidak disertakan bayaran, serta borang yang tidak dihantar semula ke Dewan Sangam, tidak akan dilayan.

Pakaian Peserta
Para peserta diminta memakai pakaian tradisional. Seorang peserta lelaki dan seorang peserta wanita akan dipilih sebagai Tokoh Pakaian Tradisional Kaum India.


Jawatankuasa Pelaksana
Bagi memastikan program dirancang dan dilaksanakan secara berkesan, Kavyan selaku penganjur Projek Komuniti Kavyan melantik pegawai berikut untuk bertugas.

Penyelaras – M. Vanitha Murugan
Pengerusi – Magesuary Chrishnan
Pen. Pengerusi – Soabanaa Balan
Setiausaha – Jegavani Lengkan
Pen. Setiausaha – Mathana Nagarajan
Bendahari – Christiana Francis
Pen. Bendahari – Pavitthirah Mathiyalagan
Tugas Khas – Loganathan Veloo

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
Tarikh tutup penyertaan pada 28 Januari 2018. Jawatankuasa Pelaksana wajib mengadakan Mesyuarat Pertama selewat-lewatnya pada 31 Januari 2018 dan melaporkan perkembangan kepada Uthaya Sankar SB. Mesyuarat Kedua pada 9 Februari 2018 akan dipengerusikan oleh Uthaya Sankar SB.


Rangka Atur Cara
Berikut adalah rangka atur cara bagi Permainan Tradisional Kaum India. Para peserta diingatkan supaya mematuhi Waktu Kavyan, serta tidak datang lewat bergaya (fashionably late).

1:30 petang
Ketibaan Jawatankuasa Pelaksana
Pendaftaran peserta (pengesahan kehadiran)
Pendaftaran peserta ditutup pada 2:00 petang [Waktu Kavyan]
Peserta yang lewat tidak dibenarkan mengambil bahagian

2:00 petang
Permainan Tradisional I – di dalam dewan
Permainan Tradisioanl II – di luar dewan

3:00 petang
Permainan Tradisional III – di dalam dewan
Permainan Tradisioanl IV – di luar dewan

4:00 petang
Permainan Tradisional V – di dalam dewan
Permainan Tradisioanl VI – di luar dewan

5:00 petang
Majlis Penyampaian Hadiah
Ucapan pengacara majlis
Persembahan I – Kolattam
Ucapan pengerusi Sangam, Vincent Devasabayam
Persembahan II – Thevaram
Ucapan pengerusi Kelab Kesedaran, Surendran Govindasamy
Persembahan III – Silambam
Ucapan presiden Samuthaya Paarvai, Saravaneshvaran Biloo
Penyampaian sijil penyertaan Pertunjukan Anekaragam (9 Disember 2017)
Penyampaian sijil penyertaan Kem Keluarga Bahagia (13 Januari 2018)
Penyampaian sumbangan beg sekolah daripada Samuthaya Paarvai
Penyampaian hadiah Permainan Tradisional Kaum India
Penyampaian hadiah persembahan terbaik (Kolattam, Thevaram, Silambam)
Penyampaian hadiah Tokoh Pakaian Tradisional Kaum India
Cenderamata kepada presiden Samuthaya Paarvai
Sesi fotografi AJK Projek Komuniti Kavyan dan Samuthaya Paarvai

6:00 petang
Jamuan ringan
Gotong-royong membersihkan dewan (luar dan dalam)

Penutup dan Harapan
Permainan Tradisional Kaum India di bawah Projek Komuniti Kavyan pasti menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha mencapai objektif yang disenaraikan. Usaha ini juga bagi memastikan kaum India di Daerah Larut dan Matang, Perak terlibat dalam aktiviti yang sihat dan membina diri; selain mengukuhkan jati diri dan budaya tradisional ke arah melahirkan komuniti yang berwawasan menuju transformasi positif.

Maklumat Lanjut
Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Projek Komuniti Kavyan. Orang ramai juga boleh menyumbang kepada Tabung Projek Komuniti Kavyan bagi membantu menampung kos pengendalian projek.