Wednesday, 3 May 2017

Bakat Seni dan Budaya di Aulong Lama


Projek
Bakat Seni dan Budaya di Aulong Lama

Tarikh
27 Mei 2017 (Sabtu)

Masa
2:00 – 6:00 petang

Penganjur
Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Aulong Lama (Sangam)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah)
Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan
Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak (Kelab Kesedaran)

Tempat
Dewan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama
285 Lorong K, Aulong Lama, 34000 Taiping, Perak


Rasional
Projek Komuniti Kavyan dijalankan di Aulong Lama, Taiping sejak Jun 2016. Pelbagai aktiviti dijalankan secara bulanan untuk memperkasakan komuniti akar umbi. [LIHAT CONTOH PROGRAM] Program Bakat Seni dan Budaya Kaum India pernah dianjurkan pada 29 Mei 2016, 30 Jun 2016 dan 16 April 2017 [LIHAT DI SINI] di Brickfields, Kuala Lumpur. Peserta kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa ternyata terhibur apabila berpeluang mengambil bahagian. Program seumpama ini terbukti mampu menyumbang ke arah memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan Bangsa Malaysia. Selaras usaha murni ini, program Bakat Seni dan Budaya di Aulong Lama diatur untuk membuka peluang kepada kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa sekitar Taiping, Perak untuk membuat persembahan, atau hadir menghayati persembahan berkenaan.

Objektif
1. Memberi peluang kepada orang ramai menonjolkan bakat dalam bidang seni dan budaya masyarakat pelbagai kaum, keturunan dan etnik di Malaysia
2. Memupuk perpaduan antara kaum menerusi persembahan seni dan budaya
3. Meraikan kepelbagaian seni dan budaya yang menjadi keunikan Malaysia
4. Membuka ruang komunikasi antara penduduk pelbagai kaum

Peserta
Penyertaan Bakat Seni dan Budaya di Aulong Lama terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat mempersembahkan bakat seni dan budaya mana-mana kaum/keturunan/etnik di pentas. Penyertaan boleh didaftar secara individu (1 orang), berpasangan (2 orang), atau berkumpulan (3-4 orang). Orang yang sama tidak boleh terlibat dalam lebih daripada satu persembahan. Peserta wajib mendaftar sebelum 20 Mei 2017, pukul 6:00 petang. Para peserta yang sudah mendaftar juga wajib berada di tempat acara sebelum pukul 2:00 petang [Waktu Kavyan] pada 27 Mei 2017.

Yuran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran RM2.00 dan yuran ini perlu dibayar bersama-sama borang penyertaan sebelum 20 Mei 2017, pukul 6:00 petang.

Pengesahan Penyertaan
Sesiapa yang berminat mengambil bahagian diminta menghubungi Vanitha Murugan (AJK Sangam, AJK Insaniah) untuk mendapatkan borang penyertaan. Borang yang lengkap diisi berserta yuran penyertaan perlu dikembalikan kepada Vanitha Murugan sebelum 20 Mei 2017, pukul 6:00 petang.

Persembahan
Persembahan boleh menggunakan sebarang bahasa. Tempoh persembahan adalah 5–10 minit sahaja (minimum 5 minit, dan maksimum 10 minit). Persembahan yang dibenarkan adalah tarian, nyanyian, lakonan, taridra/dramatari, deklamasi sajak, bacaan teks, pidato, bermain alat muzik, seni pertahankan diri (seperti silambam), pakaian anekaragam serta seni persembahan masyarakat Malaysia yang sesuai untuk ditonjolkan kepada khalayak pelbagai kaum, serta sesuai dipersembahkan di pentas. Persembahan boleh juga menggabungkan beberapa bentuk seni, sastera dan budaya. Tarian, lagu, lakonan, muzik dan sebagainya yang tidak mencerminkan keunikan seni, sastera atau budaya masyarakat Malaysia tidak dibenarkan. Kavyan selaku penyelaras berhak menghalang sebarang persembahan yang didapati tidak menepati syarat.

Persiapan Pentas
Para peserta dinasihatkan supaya tidak membawa peralatan atau hiasan untuk disusun/diletak di pentas. Masa yang diambil untuk menyusun barangan (prop) termasuk dalam masa persembahan (5–10 minit). Jika menggunakan muzik latar atau minus one, sila semak dan sediakan sebelum acara bermula.

Atur Cara
Rangka atur cara adalah seperti berikut:

2:00 petang
Pengesahan pendaftaran peserta (untuk sijil)
Peserta membuat persiapan untuk persembahan
Pastikan muzik sudah dicuba dan peralatan muzik berfungsi

2:30 petang [Waktu Kavyan]
Persembahan peserta
(5-10 minit sahaja bagi setiap persembahan)
Urutan persembahan berdasarkan undian
Foto berkumpulan selepas setiap persembahan

5:00 petang [anggaran]
Minum petang
Penyampaian cenderamata bagi persembahan terbaik
Sesi fotografi berkumpulan

Penutup dan Harapan
Acara Bakat Seni dan Budaya di Aulong Lama mampu mencapai objektif yang disasarkan dengan adanya kerjasama semua pihak terbabit. Acara ini juga membuka ruang dan peluang kepada masyarakat pelbagai kaum menghayati keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung program ini, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my. Layari www.kavyan.blogspot.my dari semasa ke semasa untuk maklumat perkembangan aktiviti Kavyan.