3 Mar 2017

Bengkel Mencungkil Kreativiti

Projek
Projek Komuniti Kavyan

Program
Bengkel Mencungkil Kreativiti

Tarikh
11 Mac 2017 (Sabtu)

Masa
2:00 – 6:00 petang

Tempat
Dewan Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Aulong Lama, Taiping

Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Aulong Lama (Sangam)
Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah)

Maklumat Program
Kanak-kanak dan remaja sekitar Aulong dan Aulong Lama, Taiping menyertai pelbagai program di Dewan Sangam di bawah Projek Komuniti Kavyan sejak Jun 2016, dan Kelas Malam sejak Januari 2017. Program pada kali ini pula berciri santai dengan menerapkan unsur didik-hibur dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mencungkil kreativiti kanak-kanak dan remaja. Beberapa aktiviti berbentuk permainan, reka cipta, pemupukan bakat dan pendidikan akan dijalankan oleh wakil Kavyan, Sangam dan Insaniah. Peserta perlu membawa barangan kitar semula untuk membuat rekaan menggunakan daya kreativiti berdasarkan topik yang akan diberikan pada tarikh program.

Borang Penyertaan
Penyertaan terbuka kepada 20 kanak-kanak dan remaja [umur 6-21 tahun] yang tinggal di sekitar Aulong dan Aulong Lama. Peserta wajib mendapatkan borang penyertaan daripada AJK Sangam, serta mengembalikan borang yang lengkap – bersama-sama bayaran RM2.00 – kepada AJK Sangam selewat-lewatnya pada 8 Mac 2017 (Rabu). Penyertaan lewat tidak dilayan. Hanya peserta berdaftar yang menyertai sepenuhnya program ini layak menerima sijil.

Atur Cara
Berikut rangka atur cara dan peserta diminta mematuhi jadual.

1:00 petang
Ketibaan wakil Kavyan, Sangam dan Insaniah

1:30 petang
Pengesahan kehadiran peserta berdaftar
(Harap maklum bahawa pengiring tidak dibenarkan kekal di tempat acara)

2:00 petang
Permainan kreatif (individu dan berkumpulan)

3:00 petang
Kreativiti menggunakan barangan kitar semula

4:00 petang
Minum petang
(Minuman dibancuh sendiri oleh peserta)

4:30 petang
Pembentangan berkumpulan
Menganalisis ilmu baharu yang diperoleh

5:30 petang
Membersihkan tempat aktiviti
Fotografi berkumpulan
Bersurai

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi penyelaras program di Aulong Lama, Puan M. Vanitha Murugan (AJK Sangam dan AJK Insaniah).