Thursday, 19 January 2017

Penghayatan Bahasa dan Sastera di Taman Sri Muda

Projek
Temasya Bahasa

Program
Penghayatan Bahasa dan Sastera di Taman Sri Muda

Pengenalan
Masyarakat pelbagai kaum, agama dan etnik di Malaysia mempunyai bahasa, budaya, sastera, seni, budaya dan jati diri masing-masing yang dibanggakan. Pada masa sama, dalam konteks masyarakat majmuk ini, langkah-langkah yang wajar perlu diambil untuk memupuk persefahaman, saling mengenali dan saling menghormati dengan meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi. Selaras peruntukan Perlembagaan Malaysia, bahasa kebangsaan merupakan medium terbaik untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum dan budaya. Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sentiasa berusaha mendekati masyarakat pelbagai kaum untuk memupuk dan menggalakkan orang ramai berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia. Pendekatan terbaik adalah menerusi aktiviti berciri didik hibur.

Rasional
Kaum India di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam merupakan golongan sederhana dari aspek ekonomi dan sosial. Interaksi dengan penduduk kaum-kaum lain memang berlaku tetapi boleh dipertingkatkan. Kehadiran lebih ramai golongan pekerja dari negara-negara luar juga meningkatkan keperluan untuk penduduk kaum India berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan. Selain daripada itu, keperluan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan belia kaum India adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Menyedari perkara ini, Ahli Majlis Taman Sri Muda, Puan Ruthira Surasan bersetuju bekerjasama dengan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah) dalam memulakan Projek Komuniti Kavyan bagi kanak-kanak, remaja dan belia di sekitar kawasan ini. Program Penghayatan Bahasa dan Sastera di Taman Sri Muda dijadikan acara pertama dengan kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 9 (Taman Sri Muda) Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA).

Objektif
1. Memupuk penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat India
2. Menggalakkan komunikasi Bahasa Malaysia untuk berkongsi pengalaman budaya kaum India
3. Penerapan unsur didik hibur dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia
4. Menjalinkan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
5. Menonjolkan bakat dan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan remaja dan belia di Taman Sri Muda

Tarikh
26 Februari 2017 (Ahad)

Masa
2:30 – 6:00 petang

Tempat
Pusat Komuniti Sosial Zon 9, Jalan Tokoh 25/28
Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor

Penganjur
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 9 (Taman Sri Muda)
Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA)

Penyelaras
Program diselaraskan oleh Kavyan dan Insaniah dengan penglibatan remaja dan belia sekitar Taman Sri Muda, iaitu peserta Projek Komuniti Kavyan.

Pendaftaran Peserta
Penyertaan terbuka kepada kanak-kanak, remaja, belia dan golongan dewasa kaum India yang tinggal di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam. Individu yang berminat menyertai program ini – sama ada sebagai penonton, persembahan atau pertandinganperlu mengisi borang penyertaan. Borang ini boleh didapati di Rumah Kavyan, atau hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau talian 016-3288142. Sijil penyertaan bagi 50 peserta terawal – peserta persembahan, pertandingan atau penonton.

Tarikh Tutup
Pendaftaran ditutup secara muktamad pada 22 Februari 2017. Pendaftaran lewat tidak akan dilayan. Sijil hanya bagi peserta berdaftar.

Atur Cara
Berikut rangka atur cara yang disusun dengan mengambil kira rasional dan objektif yang ingin dicapai.

11:00 pagi
Persiapan dewan oleh pihak penyelaras

2:30 petang
Pengesahan pendaftaran peserta
(Peserta perlu mendaftar lebih awal)
Peserta mengesahkan jenis persembahan
Ketibaan tetamu, wakil media dan orang ramai (pelbagai kaum)

3:00 petang
Pemupukan Bakat Bahasa dan Sastera
(Untuk kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa)
(Peserta perlu mendaftar sebelum 3:00 petang)
Persembahan silambam
Deklamasi sajak
Bercerita
Baca teks cerpen
Baca teks rencana
Baca teks berita
Nyanyian
* Diselang-seli dengan cabutan bertuah

4:30 petang
Minum petang

5:00 petang
Ucapan Ahli Majlis Taman Sri Muda, Puan Ruthira Surasan
Ucapan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Puan Hajah Padilah Haji Ali
Penyampaian cenderamata dan sijil kepada peserta
Penyampaian cenderamata kepada tetamu
Sesi fotografi berkumpulan

6:00 petang
Bersurai

Maklumat Lanjut
Orang ramai boleh menghubungi talian 016-3288142 atau e-mel infokavyan@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

Program Berkaitan
Program lain di bawah projek Temasya Bahasa: Pesta Ponggol di Kampung Chetti (4 Februari 2017)

Penutup
Program ini boleh dilaksanakan dengan penuh jaya serta mencapai objektif sekiranya mendapat kerjasama semua pihak terbabit. Program ini juga menjadi permulaan kepada Projek Komuniti Kavyan anjuran Kavyan dan Insaniah dengan kerjasama MPP Zon 9 bagi memperkasakan kanak-kanak, remaja dan belia kaum India di Taman Sri Muda, Shah Alam.