18 Nov 2016

Projek Komuniti Kampung Chetti

Program
Projek Komuniti Kampung Chetti

Pengenalan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menyertai Pesta Ponggol (Januari 2007), Kunjungan Perpaduan Kavyan (15 Disember 2013), Solidariti Kampung Chetti (29 Disember 2013), Sambutan Ponggol (14 Januari 2014), dan Tinjauan Kampung Chetti (16 November 2014). Sekitar 300 orang daripada sekitar 30 keluarga Chetti Melaka tinggal di sekitar 20 buah rumah di perkampungan warisan ini yang terletak di Gajah Berang, Melaka. Hasil kunjungan pihak Kavyan, beberapa makalah, berita dan kenyataan media ditulis, dan kini didokumentasikan di blog Solidariti Kampung Chetti. Kavyan juga sentiasa berkomunikasi dengan wakil penduduk Kampung Chetti untuk mengetahui perkembangan semasa. Dua esei berkaitan keunikan budaya masyarakat Chetti Melaka dimuatkan dalam buku Mandala Bicara (2016). Malah, semasa Bicara Budaya Kaum India (13 November 2016) di Pusat Kebudayaan India, Brickfields, persembahan tarian Chetti Melaka diadakan. Hasil perbincangan antara Uthaya Sankar SB dan beberapa wakil golongan belia di Kampung Chetti, persetujuan dicapai untuk mengadakan pertemuan susulan pada Disember 2016 bagi merancang dan melaksanakan siri aktiviti di bawah Projek Komuniti Kampung Chetti.

Rasional
Kavyan berusaha menggalakkan serta membimbing generasi muda Chetti Melaka supaya tampil memelihara, memulihara dan mempromosikan keunikan budaya masyarakat Chetti Melaka menerusi aktiviti penulisan, seni dan budaya. Rujuk makalah “Kehilangan di Kampung Chetti” untuk sedikit maklumat. Kavyan yang berpengalaman mengendalikan bengkel penulisan di seluruh negara sejak 1999 bercadang mengadakan pertemuan, berbincangan dan merancang cara-cara mempromosikan kaum Chetti Melaka dan Kampung Chetti kepada khalayak umum menerusi penulisan. Penulisan yang dimaksudkan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) makalah, berita, kenyataan media, wawancara, media sosial, blog, dan kewartawanan foto.

Aktiviti
Program Memperkasakan Belia Kampung Chetti

Tarikh
11 Disember 2016 (Ahad)

Masa
2:00 – 6:00 petang

Tempat
Bilik Bacaan Kampung Chetti Melaka

Peserta
Selain daripada wakil Kavyan dan wakil media (jika ada), peserta Program Memperkasakan Belia Kampung Chetti terdiri daripada golongan remaja dan belia (13-40 tahun) Chetti Melaka yang tinggal di Kampung Chetti atau berasal dari kampung berkenaan. Para peserta mestilah berminat untuk mendalami keunikan budaya Chetti Melaka, serta mahu terlibat dalam usaha memelihara, memulihara dan mempromosikan keunikan budaya masyarakat Chetti Melaka menerusi aktiviti penulisan, seni dan budaya. Penyertaan dibuka kepada sekitar 15 individu sahaja. Peserta wajib menyertai kesemua aktiviti yang dijalankan.

Pendaftaran Peserta
Belia dan remaja (13-40 tahun) yang berminat menyertai program ini perlu mengesahkan penyertaan dengan menghubungi Sithambaram Pillay (012-3629991) sebelum 4 Disember 2016. Maklumat diri yang diperlukan adalah nama penuh, nombor telefon bimbit, dan nombor kad pengenalan. Penyertaan dibuka kepada sekitar 15 individu sahaja.

Peralatan
Para peserta perlu membawa buku catatan, alat tulis dan sebagainya. Alat tulis diperlukan untuk mencatat nota, dan semasa membuat pembentangan berkumpulan. Peserta juga diminta membawa telefon bimbit yang ada kemudahan merakam foto.

Rangka Atur Cara
Berikut cadangan perjalanan aktiviti. Para peserta diminta menepati masa.

11:00 pagi
Wakil Kavyan bertolak dari Shah Alam, Selangor

1:00 petang
Makan tengah hari

2:00 petang [Waktu Kavyan]
Ucapan pengacara majlis
Ucapan wakil komuniti Chetti Melaka
Ucapan wakil Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Sesi memperkenalkan diri (3-5 minit seorang) – wajib

3:00 petang
Aktiviti berkumpulan – wajib
Membincangkan keunikan Kampung Chetti
Membincangkan keunikan budaya Chetti Melaka
Membincangkan cara-cara mempromosikan keunikan ini
Membincangkan peranan remaja dan belia dalam usaha ini
Pembentangan berkumpulan
Komen wakil Kavyan

4:00 petang
Aktiviti berkumpulan – wajib
Lawatan ke rumah penduduk Kampung Chetti
Memahami keunikan budaya Chetti Melaka
Mewawancara penduduk/penghuni
Mencatatkan nota/maklumat
Merakam foto/dokumentasi

5:00 petang
Perkongsian pengalaman – wajib
Pembentangan berkumpulan
Perkongsian maklumat di media sosial
Komen wakil Kavyan

6:00 petang
Bersurai

Penutup
Program Memperkasakan Belia Kampung Chetti diyakini mampu menarik minat golongan remaja dan belia Chetti Melaka untuk terlibat dalam usaha memelihara, memulihara dan mempromosikan keunikan budaya masyarakat Chetti Melaka menerusi aktiviti penulisan, seni dan budaya. Aktiviti susulan juga akan dijalankan oleh Kavyan menerusi Projek Komuniti Kampung Chetti dengan melibatkan para penduduk kampung warisan berkenaan. Hubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan.