Monday, 2 May 2016

Hari Keluarga Komuniti India

Pengenalan
Persatuan Jaringan Pembangunan Malaysia Luar Bandar, Malaysia (DHRRA Malaysia) terlibat dalam projek pembangunan komuniti sejak 2003. Pelbagai usaha dilakukan bagi mendekati masyarakat akan umbi – khususnya kaum India – untuk merangka usaha memperkasa komuniti terpinggir. Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada 1999 pula mengendalikan aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya dengan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan perpaduan. Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama merupakan persatuan setempat yang menjaga kebajikan komuniti India di Aulong Lama, Taiping, Perak. Dalam usaha mendekati dan mengumpulkan maklumat, serta menyelami hati komuniti India di Aulong Lama, Aulong dan kawasan sekitar Taiping, maka Hari Keluarga Komuniti India dijalankan sebagai sesi pertemuan santai.

Tarikh
3 Jun 2016 (Jumaat)

Masa
5:00 petang – 8:00 malam

Penganjur

Tempat
Dewan Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama,
285 Lorong K, Aulong Lama, Taiping, Perak.

Objektif
1. Sesi pertemuan santai melibatkan kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan warga emas komuniti India di Aulong Lama, Aulong dan sekitarnya.
2. Memperkenalkan DHRRA Malaysia dan Kavyan kepada penduduk setempat.
3. Peluang komuniti menyuarakan isu-isu setempat yang memerlukan perhatian.
4. Perbincangan mengenai projek dan aktiviti yang boleh dijalankan oleh DHRRA Malaysia dan Kavyan demi manfaat komuniti setempat.
5. Peluang menunjukkan bakat hadirin (kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa) dalam bidang sastera, seni dan budaya kaum India.

Peserta
Penyertaan Hari Keluarga Komuniti India terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berkumpul secara aman bagi menjayakan objektif di atas. Memandangkan ini adalah “hari keluarga”, maka hadirin diminta membawa ahli keluarga. Tiada had umur. Orang bujang boleh datang secara sendirian atau membawa ahli keluarga. Individu yang mahu membuat persembahan perlu mendaftar sebelum 5:00 petang.

Aktiviti dan Pengisian
Bagi menjayakan dan mencapai objektif seperti di atas, beberapa aktiviti santai yang sesuai boleh diatur secara spontan. Misalnya, permainan tradisional, kuiz, menceritakan pengalaman, cabutan bertuah, bakat menyanyi, bakat menari dan bercerita. Para hadirin diingatkan supaya tidak menjadikan sesi pertemuan ini sebagai sesi ceramah atau syarahan panjang atau tempat mempromosikan perniagaan (MLM atau insurans); sebaliknya berilah peluang kepada semua orang untuk bercakap. Pegawai DHRRA Malaysia akan memberikan taklimat mengenai isu dokumentasi (sijil kelahiran, kad pengenalan, kewarganegaraan dan sebagainya) dan Reengineering Indian Community (RIC), sementara wakil Kavyan menerangkan aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya yang boleh dijalankan bagi komuniti India setempat. Presiden DHRRA Malaysia, Saravanan M. Sinapan akan memberikan ceramah motivasi dan berkongsi maklumat mengenai usaha memperkasa komuniti India akar umbi di Aulong, Aulong Lama dan sekitarnya.

Rangka Atur Cara
Tentatif atur cara adalah seperti berikut. Mungkin ada perubahan mengikut situasi. Harap maklum bahawa hadirin bebas datang dan pulang pada bila-bila masa. Bagaimanapun, hadirin amat digalakkan menyertai acara sepenuhnya.

4:00 petang
Persiapan dewan
Ketibaan hadirin dan pendaftaran
Pendaftaran persembahan oleh hadirin
Saling berkenalan secara santai
Minum petang
Penyelaras: Lawrence dan Loga
Pendaftaran: Jegavani dan Yellama

5:00 petang
Persembahan oleh hadirin (perlu mendaftar)
Hadirin memperkenalkan diri
Cabutan bertuah
Pengacara: Krishna


6:00 petang
Ucapan presiden Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama
Pengenalan DHRRA Malaysia
Pengenalan RIC
Pengenalan aktiviti Kavyan
Sesi soal-jawab
Penyelaras: Uthaya dan Aravin

7:00 malam
Ucapan presiden DHRRA Malaysia
Membincangkan aktiviti yang sesuai bagi komuniti setempat
Penyelaras: Murugan dan Arokia

8:00 malam
Foto berkumpulan
Bersurai

Pakaian
Para hadirin diminta berpakaian sopan apabila menghadiri sebarang aktiviti anjuran DHRRA Malaysia dan Kavyan.

Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Arokia – 012-5086144
Krishna – 016-5971164
Lawrence – 013-5048838
Loga – 016-5555612

Penutup
Semoga acara Hari Keluarga Komuniti India mencapai objektif yang diimpikan berkat kerjasama padu semua pihak yang terlibat. Pertemuan ini juga diharap mengeratkan silatulrahim antara komuniti India setempat, serta mencetuskan idea bagi lebih banyak program anjuran DHRRA Malaysia dan Kavyan demi manfaat komuniti akar umbi. [Rujuk - Latihan Kepimpinan di Taiping]

Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 28 April 2016