Wednesday, 11 May 2016

Bengkel Cerpen Kavyan

Aktiviti: Bengkel Cerpen Kavyan

Jaminan: Di akhir bengkel ini, para peserta akan memahami teknik dan selok-belok menghasilkan manuskrip cerpen yang bermutu dan sesuai untuk siaran majalah-majalah berwibawa.

Rasional: Penglibatan penulis pelbagai kaum yang mampu memaparkan keunikan dan variasi adat dan budaya menerusi karya sastera seperti cerpen yang ditulis menggunakan Bahasa Malaysia pasti membantu memperkaya khazanah sastera kebangsaan. Sebagai usaha Kavyan membimbing individu pelbagai kaum, suatu bengkel penulisan cerpen dikendalikan khusus bagi melahirkan penulis baharu; termasuk penulis kaum India. Bengkel intensif jangka pendek berbentuk ceramah, diskusi, dialog dan latihan ini direka khas untuk memberi panduan komprehensif kepada penulis muda dan bakal penulis pelbagai kaum berhubung etika, teknik, format, gaya dan panduan penulisan cerpen bagi akhbar dan majalah. Bengkel ini juga sesuai bagi pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA/IPTS, guru, penulis muda, penulis Tamil dan orang ramai yang berminat mendalami selok-belok penulisan cerpen. Individu yang tidak bercadang menjadi penulis tetapi mahu mendapatkan pengalaman juga dipelawa menyertai bengkel ini.

Tarikh: 18 Jun 2016 (Sabtu)

Masa: 10:00 pagi – 3:00 petang

Tempat: Rumah Kavyan, Shah Alam [LIHAT PETA]
[Waze – Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda, Shah Alam]
[Google Map - SILA KLIK DI SINI]

Lokasi berdekatan: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Jalan Sabar 25/83, Taman Sri Muda, Shah Alam.
Amaran: Panggilan telefon, kiriman SMS atau mesej WhatsApp pada tarikh bengkel untuk bertanya panduan jalan tidak dilayan! [LIHAT PETA]

Penganjur

Objektif
1 Mencungkil bakat baru penulis cerpen dalam kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai kaum.
2 Memberi pendedahan awal mengenai teknik penulisan cerpen kepada peserta yang masih baharu dalam penulisan kreatif.
3 Menyediakan peserta bagi menghasilkan cerpen bermutu untuk siaran di majalah; khasnya Dewan PelajarTunas Cipta dan Dewan Siswa.
4 Memupuk minat dan kecintaan terhadap Bahasa Malaysia dalam kalangan belia dan penulis pelbagai kaum.

Peserta: Maksimum 12 peserta (belia, remaja, pelajar, dewasa) pelbagai kaum yang berminat mempelajari teknik menghasilkan cerpen bermutu. Individu yang belum ada pengalaman menulis juga boleh menjadi peserta. Umur minimum 15 tahun dan berminat mengetahui teknik menulis cerpen bagi bacaan kanak-kanak, remaja dan belia. Kanak-kanak tidak dibenarkan menyertai bengkel ini. Para peserta wajib berpakaian sopan apabila menyertai mana-mana aktiviti Kavyan.

Karya Peserta: Peserta akan dibimbing mencari idea, mengumpulkan bahan dan menulis cerpen semasa bengkel ini. Hasil karya akan dibincangkan dan diedit. Sebagaimana biasa dilakukan, hasil karya yang bermutu akan disalurkan ke majalah yang sesuai untuk disiarkan. Bagi karya-karya yang disiarkan di majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), penulis akan menerima honorarium (bayaran). Peserta kaum India yang menunjukkan minat dan bakat akan ditawarkan peluang menyertai projek Membina Bakat Penulis Kaum India anjuran Kavyan-DBP pada 2017.

Yuran Penyertaan: Bagi memastikan hanya individu yang benar-benar berminat dan komited menyertai bengkel ini, peserta dikenakan bayaran pendaftaran RM30.00. Bayaran ini perlu dibuat sebelum mengisi borang penyertaan.

Pembayaran Yuran: Bayaran perlu dibuat ke akaun Maybank (Uthaya) 112214042611 atau CIMB (Kavyan) 8600565547 sebelum mengisi borang pendaftaran. Peserta TIDAK PERLU mengemukakan resit pembayaran kepada penganjur! Simpan sahaja resit itu sebagai rujukan peribadi. Bayaran tidak dikembalikan jika individu terbabit gagal hadir pada tarikh acara. Borang yang diisi tanpa membuat bayaran pendaftaran tidak dilayan sama sekaliPermintaan untuk membuat pembayaran pada tarikh bengkelTIDAK dilayan.

Pendaftaran Peserta: Individu yang berminat menyertai bengkel ini perlu melakukan pendaftaran awal menggunakan Borang Pendaftaran Dalam Talian. Pendaftaran adalah mengikut konsep “yang dahulu didahulukan” kerana jumlah peserta adalah terhad. [BORANG PENDAFTARAN

Cenderamata Peserta: Setiap peserta yang mendaftar awal serta menyertai bengkel dengan sepenuhnya akan menerima cenderamata berupa bahan bacaan dan sijil penyertaan daripada Kavyan. Bahan bacaan berkenaan akan turut dijadikan teks rujukan semasa bengkel penulisan cerpen.

Pembimbing: Uthaya Sankar SB berpengalaman mengendalikan bengkel penulisan sejak 1994. Cerpen-cerpennya tersiar di hampir semua akhbar dan majalah arus perdana sejak 1992 serta mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah; termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 dan 1998/99). Uthaya juga jurulatih bertauliah yang diiktiraf Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF).

Bahasa: Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan bahasa-bahasa lain hanya mengikut keperluan.

Rangka Atur Cara: Berikut rangka atur cara bagi bengkel. Para peserta diminta mematuhi ketepatan masa.

9:30 pagi
Ketibaan peserta, pengesahan pendaftaran
[Sarapan TIDAK disediakan]

10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Sesi Pertama
Unsur-unsur sastera
Idea bagi cerpen

11:00 pagi
Sesi Kedua
Unsur-unsur cerpen
Meneliti contoh cerpen

12:00 tengah hari
Sesi Ketiga
Etika penulisan dan panduan manuskrip 
Cara mengirim manuskrip

1:00 petang
Makan tengah hari, solat, rehat
[Sila maklumkan semasa mendaftar jika anda vegetarian]
[Peserta beragama Islam akan dibawa ke masjid/surau berdekatan]

1:30 petang
Sesi Keempat
Latihan menulis cerpen
Bedah karya peserta
Panduan memantapkan manuskrip

3:00 petang
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan
Minum petang 

Jaminan: Di akhir bengkel ini, para peserta akan memahami teknik dan selok-belok menghasilkan manuskrip cerpen yang bermutu dan sesuai untuk siaran majalah-majalah berwibawa.

Maklumat Lanjut: Orang ramai boleh menghubungi infokavyan@yahoo.com.my atau mesej peribadi menerusi Facebook jika ada sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bengkel ini.