Friday, 4 July 2014

Jawatankuasa dan Sukarelawan Kavyan

Selaras perkembangan semasa, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 berusaha menambah ahli jawatankuasa dan sukarelawan pelbagai kaum dari semasa ke semasa.

Secara umum, Kavyan berpegang pada konsep “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia” dalam mengendalikan aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya.

Permohonan dibuka kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
    
1. Jawatankuasa Utama Kavyan
a. Warganegara Malaysia
b. Kaum India (tanpa mengira keturunan dan agama)
c. Umur sekurang-kurangnya 25 tahun
d. Meminati karya Sasterawan Kavyan
e. Mencintai Bahasa Malaysia
f. Terlibat dalam aktiviti Kavyan sekurang-kurangnya sejak setahun lalu
g. Ahli berdaftar Kavyan – BORANG DI SINI
h. Ada ciri-ciri kepimpinan
i. Mampu berdikari dan bersikap proaktif
j. Wajib menghadiri Mesyuarat AJK setiap tiga bulan sekali di Rumah Kavyan 
k. Wajib menyelaras dan melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti setiap tahun
l. Wajib menunjukkan komitmen padu sekurang-kurangnya selama dua tahun
m. Perlu meluangkan masa dan tenaga menghadiri aktiviti anjuran Kavyan
n. Patuh pada Perlembagaan Kavyan
o. Patuh pada Etika Mesyuarat Kavyan
p. Patuh pada Waktu Kavyan
q. Memberikan imej positif dan progresif mengenai Kavyan kepada umum
r. Sentiasa mengikuti perkembangan Kavyan menerusi blog dan Facebook
s. Boleh dijadikan tempat rujukan oleh orang ramai yang mahu tahu mengenai Kavyan
   
2. Jawatankuasa Khas Kavyan
a. Warganegara Malaysia
b. Pelbagai kaum, etnik dan agama
c. Umur sekurang-kurangnya 20 tahun
d. Meminati karya Sasterawan Kavyan
e. Mencintai Bahasa Malaysia
f. Terlibat dalam aktiviti Kavyan sekurang-kurangnya sejak setahun lalu
g. Ahli berdaftar Kavyan – BORANG DI SINI
h. Ada ciri-ciri kepimpinan
i. Mampu berdikari dan bersikap proaktif
j. Wajib menghadiri Mesyuarat AJK setiap tiga bulan sekali di Rumah Kavyan
k. Wajib menyelaras dan melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti setiap tahun
l. Wajib menunjukkan komitmen padu sekurang-kurangnya selama setahun
m. Perlu meluangkan masa dan tenaga menghadiri aktiviti anjuran Kavyan
n. Patuh pada Perlembagaan Kavyan
o. Patuh pada Etika Mesyuarat Kavyan
p. Patuh pada Waktu Kavyan
q. Memberikan imej positif dan progresif mengenai Kavyan kepada umum
r. Sentiasa mengikuti perkembangan Kavyan menerusi blog dan Facebook
s. Boleh dijadikan tempat rujukan oleh orang ramai yang mahu tahu mengenai Kavyan
    
3. Sukarelawan Kavyan
a. Warganegara Malaysia
b. Pelbagai kaum, etnik dan agama
c. Umur sekurang-kurangnya 15 tahun
d. Meminati karya Sasterawan Kavyan
e. Mencintai Bahasa Malaysia
f. Terlibat dalam aktiviti Kavyan sekurang-kurangnya sejak setahun lalu
g. Ahli berdaftar Kavyan – BORANG DI SINI
h. Ada ciri-ciri kepimpinan
i. Mampu berdikari dan bersikap proaktif
j. Dibenarkan (jika mahu) menghadiri Mesyuarat AJK setiap tiga bulan sekali di Rumah Kavyan
k. Wajib menunjukkan komitmen padu sekurang-kurangnya selama setahun
l. Perlu meluangkan masa dan tenaga menghadiri aktiviti anjuran Kavyan
m. Patuh pada Perlembagaan Kavyan
n. Patuh pada Waktu Kavyan
o. Memberikan imej positif dan progresif mengenai Kavyan kepada umum
p. Sentiasa mengikuti perkembangan Kavyan menerusi blog dan Facebook
q. Boleh dijadikan tempat rujukan oleh orang ramai yang mahu tahu mengenai Kavyan
r. Boleh membantu kerja-kerja di Perpustakaan Mini Rumah Kavyan dari semasa ke semasa (jika berkelapangan sahaja)
s. Boleh membantu Jawatankuasa Utama dan Jawatankuasa Khas dalam melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti setiap tahun
    
Sila hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my [jangan lupa .my] atau mesej peribadi menerusi Facebook hanya sekiranya anda benar-benar berminat dan komited. Permohonan akan dibincangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Kavyan, dan mereka yang terpilih akan dimaklumkan dengan kadar segera.