Sunday, 23 June 2013

Lawatan Penulisan Kavyan

Program Lawatan Penulisan Kavyan yang diselaraskan oleh Kughan Nadarajah di bawah Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) akan berlangsung pada 29-30 Jun 2013 (Sabtu-Ahad) di Ipoh, Taiping dan Permatang Pauh. Orang ramai di sekitar kawasan berkenaan dipelawa turut serta memeriahkan acara.
 
Rangka jadual perjalanan serta pengisian program adalah seperti berikut:
 
29 Jun 2013 (Sabtu)
 
7:30 pagi  [Waktu Kavyan] – Bertolak dari Restoran Sri Mayuri, Jalan Sepadu, Taman Sri Muda, Shah Alam – RUJUK PETA LOKASI. Penyelaras pengangkutan: Muniswaran Errisson.
 
9:30 pagi – Dijangka tiba di Ipoh dan disambut oleh Murugan Alimuthu (penyelaras – Ipoh) dan Neelakanthan Munisamy. Bersarapan.
 
10:00 pagi – Lawatan ke Kampung Kacang Puteh dan lokasi lain yang mampu mengilhamkan” idea bagi penulisan.
 
12:00 tengah hari – Makan tengah hari di Nachi’s Indian Cuisine, 83-C, Jalan Sultan Yussuf, Ipoh. Persembahan cerpen/puisi oleh peserta Lawatan Penulisan Kavyan dan pengedaran cenderamata (bahan bacaan) kepada hadirin. Penyelaras pesembahan: Shahrulnizam Abd Hamid.
 
2:00 petang – Bertolak ke Taiping.
 
3:00 petang – Dijangka tiba di Taiping dan disambut oleh Dhanesh Kumar (penyelaras – Taiping). Menikmati cendol dan ais kacang di Cashier Market.
 
4:00 – 5:00 petang – Aktiviti di kawasan bersebelahan taman permainan kanak-kanak di Taman Tasik TaipingRUJUK PETA LOKASI. Persembahan cerpen/puisi oleh peserta Lawatan Penulisan Kavyan dan pengedaran cenderamata (bahan bacaan) kepada hadirin.
 
5:30 petang – Bertolak ke Permatang Pauh.
 
6:30 petang – Dijangka tiba di Permatang Pauh Homestay (Zammaz NurVilla Homestay), Lot 2079, Permatang Janggus, Permatang Pauh, Pulau Pinang dan disambut oleh Zul Fikar Ali (penyelaras – Permatang Pauh). Berehat.
 
8:00 malam – Makan malam.
 
9:00 malam – Bengkel Penulisan Kavyan di Zammaz Nur Villa. Peserta Lawatan Penulisan Kavyan berkongsi hasil maklumat yang dikumpul di Ipoh dan Taiping untuk dijadikan bahan penulisan puisi, cerpen, laporan, makalah dan sebagainya. Acara terbuka kepada umum.
 
10:00 – 10:30 malam – Perbincangan mengenai aktiviti Kavyan.
 
30 Jun 2013 (Ahad)
 
8:00 pagi – Sarapan. Turun ke bendang (sawah) dan kampung. Persembahan cerpen/puisi oleh peserta Lawatan Penulisan Kavyan dan pengedaran cenderamata (bahan bacaan) kepada hadirin.
 
1:00 petang – Makan tengah hari.
 
2:00 petang – Bertolak pulang ke Shah Alam. Singgah di Kuala Selangor untuk meninjau potensi lawatan penulisan” pada masa hadapan.
 
Senarai peserta (mengikut urutan abjad) yang dijadualkan terlibat dalam keseluruhan atau sebahagian Lawatan Penulisan Kavyan:
 
2. Dhanesh Kumar (penyelaras – Taiping) [012-5218105]
3. Jimadie Shah Othman
4. Kughan Nadarajah (penyelaras lawatan) [011-28269701]
5. Muniswaran Errisson (penyelaras pengangkutan)
6. Murugan Alimuthu (penyelaras – Ipoh) [012-5594708]
7. Neelakanthan Munisamy (penyelaras lawatan – Ipoh)
9. Pugalaenthi Murugan
11. Shahrulnizam Abd Hamid (penyelaras persembahan)
13. Vicneswari Murugan
14. Zul Fikar Ali (penyelaras – Permatang Pauh) [013-4012745]
 
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi penyelaras terbabit atau kirim e-mel ke infokavyan@yahoo.com.my sebelum 28 Jun 2013.