11 Dec 2023

Cabaran Membaca Kavyan

Pengenalan

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 bergerak aktif tanpa sebarang publisiti dalam usaha menyemarakkan Sastera Kebangsaan dan penghayatan Bahasa Malaysia. Nama rasmi yang digunakan mulai 22 Mac 2023 ialah Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan).

 

Penerangan Cabaran Membaca Kavyan

1. Acara ini akan dikendalikan dari 15 hingga 31 Disember 2023 secara dalam talian.

2. Terbuka kepada individu berumur 10 hingga 15 tahun sahaja.

3. Peserta perlu membaca petikan pilihan mereka dalam Bahasa Malaysia sahaja selama satu minit. Tidak perlu pengenalan diri. Tunjukkan buku yang hendak dibaca sebelum memulakan pembacaan.

4. Video perlu dirakam secara mendatar (horizontal) dn bukannya menegak (vertical).

5. Video perlu dimuat naik ke laman sosial (Facebook atau Instagram) dan hanya pautan (link) perlu dimasukkan ke dalam borang penyertaan (Google Form) – [klik di sini]

6. Seramai 10 orang akan dipilih dan diberi hadiah berbentuk buku. [Keputusan di sini]

7. Semua peserta yang memenuhi syarat akan menerima sijil digital dalam bentuk pdf.

8. Tarikh tutup penyertaan: 31 Disember 2023, jam 11:59 malam.

 

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi penyelaras, Anuradha Chelliah menerusi e-mel cabaranmembacakavyan@gmail.com atau WhatsApp 019-6737275.

3 Dec 2023

Hadiah Buku Untuk Karya di Portal Sastera Kavyan

Pengenalan

Portal Sastera Kavyan dimulakan secara amatur pada Disember 2020 dalam usaha menggalakkan kaum India menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Langkah ini wajar kerana analisis kandungan majalah Dewan Siswa (Januari 1979 – Disember 2020) menunjukkan puisi, cerpen, dan artikel oleh enam penulis kaum India sahaja mendapat tempat. Sementara itu, analisis kandungan majalah-majalah DBP (Januari 2021 – Disember 2023) menunjukkan hanya tujuh cerpen dan lapan sajak penulis kaum India mendapat tempat di majalah-majalah berkenaan. Dalam pada itu, lebih daripada 130 karya seperti puisi, cerpen, rencana, ulasan, dan wawancara oleh penulis kaum India sudah disiarkan di portal Sastera Kavyan (Disember 2020 – Disember 2023). Karya disiarkan pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat setiap minggu. Uthaya Sankar SB bertindak sebagai penyunting dan penyelaras.

 

Hadiah Buku Untuk Penulis Baharu

Dalam usaha menggalakkan lebih ramai kanak-kanak (10-13 tahun), remaja (14-17 tahun), dan belia/dewasa (layak mengundi) kaum India menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) berusaha memberi hadiah (cenderamata) berupa buku kepada setiap individu yang karyanya tersiar di portal Sastera Kavyan pada Januari-Mac 2024. Kos pengiriman buku kepada penulis ditanggung oleh Uthaya Sankar SB.

 

Jumlah Karya

Karya disiarkan pada Isnin, Rabu, dan Jumaat setiap minggu. Maka, jumlah karya mengikut bulan ialah Januari 2024 (14 karya), Februari 2024 (12 karya), dan Mac 2024 (12 buah). Anggaran jumlah karya ialah 38 buah. Karya ini merupakan hasil kanak-kanak, remaja, dan belia (dewasa). Dianggarkan sekitar 13 karya penulis kanak-kanak (10-13 tahun), sekitar 13 karya penulis remaja (14-17 tahun), dan sekitar 13 karya penulis dewasa (layak mengundi).

 

Penyumbang Buku

Buku Fixi, Gemilang Publishing, dan Uthaya Sankar SB menyumbangkan buku bagi setiap penulis yang karya mereka tersiar di portal Sastera Kavyan. Pilihan buku adalah mengikut kesesuaian umur penulis (kanak-kanak, remaja, dewasa). Permintaan untuk menukar judul buku tidak akan dilayan.

 

Penghantaran Karya

Karya Bahasa Malaysia yang dikirim untuk penilaian wajib mematuhi syarat dan panduan yang ditetapkan [rujuk di sini]. Penilaian karya untuk menerima hadiah buku ditutup sebaik cukup 38 karya yang layak disiarkan. Kiriman yang tidak mematuhi syarat dan panduan tidak akan dinilai untuk siaran. Baca setiap syarat dan panduan dengan teliti sebelum mengirim karya. Penyelaras (Uthaya) tidak akan melayan dan tidak akan membalas e-mel jika karya yang dikirim tidak mematuhi syarat dan panduan. Tiada belas kasihan!

Pengesahan Karya Asli

Semasa mengirim karya menerusi e-mel, wajib menyatakan dengan jelas bahawa “karya yang dikirim adalah karya asli tanpa sebarang unsur plagiat”. Kiriman tanpa menyebut pengesahan karya asli tidak dilayan. Sesiapa yang mengirim karya tidak asli (tiru, ciplak, plagiat, dan sebagainya) akan disenarai hitam sepanjang hidup.

 

Penghantaran Buku

Kiriman buku menerusi pos akan diuruskan oleh Uthaya pada April 2023. Untuk memudahkan urusan ini, para penulis diminta menyertakan alamat rumah (Malaysia), nombor telefon, dan alamat e-mel semasa mengirim karya. Jika ada perubahan alamat, wajib maklumkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2024.

 

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, sila baca semula segala maklumat di atas dengan lebih teliti. Jangan hubungi penyelaras.

21 Oct 2023

Antologi Cerpen Penulis Bukan Melayu (2024)

Antologi karya Bahasa Malaysia yang diusahakan oleh Kavyan sebelum ini ialah Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022).

 

Hasil perbincangan, termasuk pada sesi Perbincangan Meja Bulat Penulis Malaysia (14 Oktober 2023), Kavyan bercadang mengusahakan penerbitan sebuah antologi cerpen yang memuatkan karya penulis Bukan Melayu, berdasarkan syarat dan panduan berikut:

 

1. Penyertaan dibuka kepada penulis daripada empat kategori, iaitu:

(a) penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia,

(b) penulis kaum Cina yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia,

(c) penulis kaum India yang menghasilkan karya bahasa Tamil lalu diterjemah kepada Bahasa Malaysia bagi tujuan antologi ini,

(d) penulis kaum Cina yang menghasilkan karya bahasa Cina (Mandarin), lalu diterjemah kepada Bahasa Malaysia bagi tujuan antologi ini.

 

2. Hanya karya fiksyen berbentuk cerpen (cerita pendek) sahaja diterima.

 

3. Karya yang dikemukakan mestilah dalam Bahasa Malaysia; istilah/frasa bahasa-bahasa lain dibenarkan mengikut kesesuaian/keperluan.

 

4. Karya mestilah seratus peratus (100%) asli tanpa sebarang unsur ciplak/plagiat yang menjadikannya tidak asli.

 

5. Individu yang masih (atau berminat untuk) terlibat dalam mana-mana projek (buku, majalah, pertandingan) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dinasihati supaya tidak menyertai projek antologi ini. Hal ini kerana DBP menafikan hak umat Bukan Islam menggunakan “Tuhan” – rujuk di sini.

 

6. Bagi peserta kaum India, karya yang dibedah pada Bengkel Penulisan Intensif di Taiping (Disember 2023) atau Bengkel Penulisan Intensif di Pinggiran Subang (Mac 2024) diberi keutamaan.

 

7. Karya bahasa Cina mesti sudah tersiar di mana-mana media (bercetak, elektronik) bahasa Cina dan terjemahan kepada Bahasa Malaysia diuruskan sendiri oleh penulis.

 

8. Setiap peserta perlu mengemukakan dua karya (cerpen) untuk dimuatkan dalam antologi ini. (Bayaran tambahan jika mahu mengirim lebih banyak karya; rujuk Perkara 13.)

 

9. Peserta (mungkin) perlu membaiki karya masing-masing berdasarkan hasil komen dan ulasan penyelenggara.

 

10. Peserta perlu membuat pembetulan terakhir sebelum manuskrip bersih—tanpa kesalahan bahasa—dikirim semula kepada penyelenggara.

 

11. Manuskrip wajib ditaip kemas mengikut format yang ditetapkan sebelum dikirim kepada penyelenggara.

 

12. Panjang setiap karya adalah minimum 1,000 perkataan dan maksimum 2,500 perkataan.

 

13. Setiap peserta dikenakan bayaran untuk menampung sebahagian kos mencetak buku (antologi cerpen). Jumlah bayaran dianggarkan RM200 seorang dan jumlah sebenar akan dimaklumkan kemudian. (Jika mengirim tiga cerpen, maka bayaran ialah RM300. Untuk empat karya, bayaran ialah RM400.)

 

14. Bayaran pendahuluan RM100 seorang wajib dibayar sebelum 30 Mac 2024 untuk mengesahkan penyertaan dalam projek antologi ini.

 

15. Apabila buku terbit, setiap peserta akan menerima buku mengikut jumlah yang akan ditetapkan kemudian.

 

16. Para peserta boleh membeli naskhah tambahan pada harga diskaun yang akan dimaklumkan kemudian.

 

17. Para peserta perlu terlibat sama dalam usaha mempromosi projek antologi ini—misalnya menerusi media sosial dan WhatsApp.

 

18. Syarat dan panduan tambahan (jika ada) akan dimaklumkan kepada para peserta yang mengesahkan penyertaan.

 

Hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 untuk mendaftar nama atau jika ada sebarang pertanyaan.

15 Sept 2023

Perbincangan Meja Bulat Penulis Malaysia


Pengenalan

Pusat Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose (NSCBICC) di bawah Suruhanjaya Tinggi India (High Commision of India) menganjurkan pertemuan dan perbincangan pada 1 November 2015 melibatkan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil, dan Inggeris. Susulan daripada itu, tiga lagi pertemuan diatur pada 20 Disember 2015, 11 Jun 2017, dan 21 April 2018 melibatkan penulis pelbagai kaum (India, Cina, Melayu, dll) yang menghasilkan karya pelbagai bahasa (Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Cina, dll). Selepas pandemik Covid-19, Pertemuan Penulis Malaysia dianjurkan pada 14 Mei 2023 dan 16 Julai 2023 untuk membincangkan pelbagai topik berkaitan Sastera Malaysia.

 

Perbincangan Meja Bulat

Dalam Persidangan Antarabangsa Warisan India-Malaysia (19 Ogos 2023), Uthaya Sankar SB memperkatakan topik “Sastera India dan Sastera Malaysia” (Indian-Malaysian Literature). Persembahan Drama Megha Duta yang menunjukkan penghayatan karya klasik Sanskrit di Malaysia pula berlangsung pada 20 Ogos 2023 sempena Hari Sanskrit Sedunia. Sebagai susulan daripada program ini, Suruhanjaya Tinggi India dan NSCBICC bersetuju dengan cadangan menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Penulis Malaysia (Malaysian Writers’ Roundtable Discussion) untuk membincangkan beberapa topik berkaitan secara lebih mendalam. Maklumat asas tentang konsep dan cara perbincangan meja bulat dikendalikan boleh dibaca sini: [Roundtable Discussion], [What Is A Roundtable Discussion], [How To Run A Roundtable Discussion], dan [A Meaningful Roundtable Discussion].

Objektif

Peserta perlu hadir dengan persediaan, pemahaman, dan menumpukan perhatian kepada usaha menyertai perbincangan meja bulat bagi mencapai objektif berikut:

1. Mempertemukan penulis Malaysia yang menghasilkan karya pelbagai bahasa

2. Memperkatakan situasi karya pelbagai bahasa di Malaysia

3. Membincangkan karya luar negara (asli/terjemahan/multimedia) di Malaysia

4. Mencadangkan cara-cara memperkenalkan karya Malaysia kepada khalayak di India dan negara-negara lain (asli/terjemahan/multimedia)

 

Maklumat Acara

Perbincangan Meja Bulat Penulis Malaysia dijadualkan seperti berikut:

 

Tarikh: 14 Oktober 2023 (Sabtu)

Masa: 3.00 petang – 6.00 petang [Waktu Kavyan]

Tempat: Tingkat 17, Menara Sentral Vista, Brickfields

Waze: Menara Sentral Vista

 

Bahasa Pengantar

Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa komunikasi utama. Namun begitu, penggunaan bahasa Inggeris, Tamil, dan Cina dibenarkan mengikut keperluan dan keselesaan.

 

Penyelaras

K. Pragalath menyelaras sesi perbincangan meja bulat ini di bawah Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan).  

Pemudah Cara

Uthaya Sankar SB bertindak sebagai pemudah cara (moderator) bagi memastikan perbincangan meja bulat berjalan lancar mengikut perancangan dan mencapai objektif yang ditetapkan. 

Biodata Peserta (sehingga 13 Oktober 2023)

K. Pragalath lahir di Perak, membesar di Kedah, dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau berkecimpung dalam dunia kewartawanan; bermula di Malaysiakini sebagai wartawan bahasa Inggeris dan pernah berkhidmat di beberapa laman berita lain. Kini, Pragalath di Harapan Daily sebagai penyunting berita Bahasa Malaysia. Dalam bidang kesusasteraan, beliau berjinak dengan penulisan cerpen dan sudah menghasilkan beberapa cerpen. “Dana dan Darah” diterbitkan di Eksentrika. Pragalath turut berkecimpung dalam bidang penterjemahan. Karya terjemahan pertama ialah “An Epic Ride” yang diterbitkan dalam kumpulan cerpen The Painted Cat (2023). - [Video Bacaan]

Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Banting. Beliau meneruskan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Anuradha aktif menulis sejak 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Karya beliau boleh dibaca di The Star, Iris Magazine, Anak Sastra, Shakti – The Epitome of Power, dan ALS 2021: Anthology of Poems (2021). Karya Anuradha juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022).  Cerpen beliau turut termuat dalam Meredah Kabus (2021), Serpihan Memorabilia 2020 - Suara (2021), Patah Tumbuh (2021), Kisah Musim Wabak (2021), dan Anekdot Peribahasa Yang Tersurat Yang Tersirat (2022). Puisi beliau boleh dibaca dalam Antologi 3S Hari Guru Hatiki Terharu (2021), Antologi Sajak Momen,  Antologi Sajak Siluet Cinta Ayah Bonda (2022), dan Siri Warisan Budaya - Teluk Belanga dan Periuk Belanga (2023). Anuradha merupakan bendahari Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Beliau juga seorang jurulatih yoga bertauliah yang mengendalikan kelas yoga untuk kanak-kanak dan orang dewasa. - [Video Bacaan]

Shih-Li Kow is the author of two short story collections and a novel. Ripples and Other Stories is a collection of 25 Malaysian stories and was shortlisted for the 2009 Frank O’Connor International Short Story Award. Her second book, The Sum of Our Follies, is about life in an imaginary small town in Perak. This was translated into Italian, French, and Bulgarian. The French edition (translated by Frederic Grellier) won the 2018 Prix du Premier Roman Etranger or the prize for the first foreign novel. Shih-Li Kow writes fiction in English and her work has also been published widely in journals and magazines. This year, her short story was shortlisted for the Commonwealth Short Story Prize. Her second collection of stories, Bone Weight and Other Stories, is scheduled for release in November 2023. - [Video Bacaan]

Malini Lakshmi Bai lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Pada tahun 2012, beliau menyambung pengajian tinggi dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar. Beliau meminati bidang kesusasteraan sejak bangku sekolah. Pada tahun 2009, Malini mewakili sekolah dan daerah dalam beberapa forum pelajar, pertandingan debat, dan syarahan. Kini, beliau berkerjaya sebagai guru Bahasa Inggeris dan penyelia di sebuah pusat pembelajaran bahasa. Malini juga menggalas jawatan penolong setiausaha dalam Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Hasil karya beliau termuat dalam antologi Lakaran Diri (2022) dan di portal Sastera Kavyan. Karya bahasa Inggeris pula diterbitkan di laman Eksentrika. - [Video Bacaan]

Chiew Ruoh Peng (周若) is a Malaysian Chinese writer who writes primarily in Chinese. Apart from writing, he is also a regular spoken word poetry performer and comedian. He helms Mentor Publishing Sdn. Bhd. Chiew Ruoh Peng has won several literary awards including Hua Zong Literary Award (Malaysia) and Outstanding Young Poet Award (Taiwan). Three compilations have been published under the titles Lovesick, Speedread, and Vanilla. Besides writing poetry, he is also a columnist for China Press (Malaysia), Nanyang, The Interview, and New Life Post. Chiew Ruoh Peng is the deputy president of The Writers Association of Chinese Medium. He blogs at Peng’s Blog. - [Video Bacaan]

Chia Chen Eng dilahirkan di Muar, Johor. Beliau menamatkan pengajian Sarjana Muda Bahasa Asing (Kepujian) Bahasa Cina di Universiti Putra Malaysia (UPM), Sarjana Linguistik di Universiti Malaya (UM), dan Doktor Falsafah di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Chia Chen Eng meraih hadiah utama dalam Pertandingan Hua Zong (kategori prosa), tempat kedua dalam Pertandingan Prosa Bahasa Cina Antarabangsa Singapura, serta Anugerah Khas Pilihan Cerpen Pendek dari Taiwan United Daily News. Puisi kanak-kanak beliau terpilih untuk dimuatkan dalam antologi Membawa Banyak Beg ke Pantai: Kumpulan Puisi Kanak-Kanak Malaysia (2022) sementara cerpen mikro dimuatkan dalam antologi Pilihan Cerpen Mikro Malaysia Kontemporari (2010). - [Video Bacaan]

Hoo Ching Dew berketurunan Hockchew dan lahir di Sitiawan, Perak. Graduan Sarjana Muda Sains, Komputer dan Pendidikan serta Sarjana Sains Matematik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini bertugas sebagai Naib Presiden Rantau Asia Pasifik di sebuah syarikat Amerika Syarikat. Beliau juga Timbalan Presiden Persatuan Penulis-penulis Aliran China Malaysia. Sebagai seorang penyair bebas, Hoo Ching Dew menerbit dua buku sajak dalam Bahasa Cina bertajuk A City Deploys Systematic Traps To Carry Out Cruel Betrayals dan Map of Flying Cities. Karya-karya beliau turut diterbitkan di China, Taiwan, Hong Kong, Eropah dan negara-negara ASEAN. Hoo Ching Dew menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Sastera Bahasa Cina Kolej (kategori sajak), Anugerah Cun Cao Xin (kategori sajak) oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, serta Anugerah Penerbitan Buku (kategori sajak) oleh Persatuan Hokkien Kuala Lumpur dan Selangor. - [Video Bacaan]

Lalita Sinha is a literary scholar, translator, and critic. During her service with Universiti Sains Malaysia (USM) and Wawasan Open University, Lalita’s works were published in Malaysia (Universiti Sains Malaysia Press, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan & Buku Malaysia), the United Kingdom (Cambridge Scholarly Publications, Routledge, Taylor & Young), the United States of America (World Wisdom Books), and Canada (Sacred Web). She received the Best Academic Publication Award (Arts) from the Malaysian Association of Academic Publishers and the Best Thesis Award from USM for her Ph.D. research in mystical symbolism. Specialising in the field of Comparative Literature, Lalita’s works cover a range of disciplines, from mysticism and literary translation to children’s literature. Since her retirement in 2006, Lalita has been an active freelance translator. In 2022, in collaboration with several local universities, she completed a UNESCO-funded project, Kids of Malaysia Initiative for Covid-19 Stories (KOMICS). Lalita continues to publish academic articles and has also ventured into creative writing. - [Video Bacaan]

Uthaya Sankar SB lahir dan membesar di Taiping, Perak sebelum berpindah ke Klang, Selangor dan kini menetap di Shah Alam. Beliau terlibat dalam bidang penulisan karya Bahasa Malaysia sejak tahun 1991. Uthaya sudah menghasilkan lebih daripada 25 buah buku kanak-kanak, remaja, dan dewasa berkaitan topik bahasa, sastera, budaya, politik, sejarah, dan agama. Beliau turut aktif mengendalikan program bahasa dan sastera serta kempen galakan membaca di seluruh negara sejak tahun 1994. Sumbangan Uthaya kepada perkembangan Sastera Kebangsaan menerima pengiktirafan menerusi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97, 1998/99), Anugerah Duta Keamanan (2008), dan Anugerah Saraswati Samman (2023). Beliau pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). - [Video Bacaan]

Atur Cara

Para peserta/penulis diminta mematuhi Waktu Kavyan bagi memastikan sesi perbincangan meja bulat dapat dikendalikan secara profesional. Peserta tidak dibenarkan masuk selepas pukul 3:15 petang. Peserta/penulis juga diminta tidak keluar topik perbincangan kerana tindakan itu hanya membazir masa dan menunjukkan sisi buruk individu terbabit; malah pemudah cara terpaksa memberi amaran keras dan mengarahkan individu terbabit berhenti bercakap.

Utusan Malaysia, 21 Oktober 2023


Masa

Pengisian

3:00 petang

Ketibaan peserta berdaftar

(Individu yang tidak berdaftar tidak dibenarkan hadir)

3:15 petang

Pengenalan tentang Suruhanjaya Tinggi India dan Pusat Kebudayaan India (NSCBICC)

3:30 petang

Peserta membaca petikan karya sendiri

(Karya dalam mana-mana bahasa dibenarkan)

4:00 petang

Topik 1

Sastera Malaysia: Realiti, cabaran, dan harapan karya pelbagai bahasa oleh penulis pelbagai kaum

(Sila luahkan isi hati secara terbuka kerana itulah tujuan perbincangan ini diadakan)

4:30 petang

Topik 2

Karya Klasik dan Moden dari India/China/Barat: Pengaruhnya kepada penulis dan pembaca Malaysia

(Tumpuan kepada aspek bagaimana karya luar mempengaruhi penulis dan pembaca di Malaysia)

5:00 petang

Topik 3

Memperkenalkan Karya Malaysia kepada khalayak antarabangsa

(Contoh: Terjemahan, pertemuan penulis dalam talian, acara sastera Malaysia-India dalam talian, dll)

5:30 petang

Penyampaian cenderamata (buku) kepada peserta

Sesi fotografi berkumpulan

Minum petang

 

Pendaftaran Peserta

Penyertaan dibuka kepada maksimum sembilan belas (19) penulis pelbagai kaum yang menghasilkan karya pelbagai bahasa mengikut cadangan pecahan berikut:

 

 

KAUM INDIA

KAUM CINA

KAUM MELAYU

LAIN-LAIN

BAHASA MALAYSIA

2

2

2

1

BAHASA INGGERIS

2

2

2

1

BAHASA TAMIL

2

 

 

 

BAHASA CINA

 

2

 

 

LAIN-LAIN

 

 

 

1

Nota: Istilah “Lain-lain” digunakan semata-mata bagi memudahkan urusan dan menjimatkan ruang; tiada agenda lain.

Para penulis Malaysia yang berminat menjadi peserta sesi perbincangan meja bulat ini wajib mendaftar dengan mengemukakan:

(a) nama penuh,

(b) nombor telefon,

(c) alamat e-mel,

(d) foto yang sesuai, dan

(e) biodata ringkas dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris sekitar 100-150 perkataan [lihat contoh].

[Lebih banyak foto - di sini]

Tarikh Tutup

Pendaftaran peserta (penulis) dan pemerhati (bukan penulis) ditutup secara muktamad pada 10 Oktober 2023 (9:00 malam), atau ditutup lebih awal jika sudah cukup 19 peserta.

 

Pertanyaan

Untuk pendaftaran, maklumat lanjut, dan pertanyaan, sila hubungi WhatsApp 011-11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 13 Oktober 2023. Sebarang pertanyaan selepas itu tidak dilayan.

9 Aug 2023

Program Bahasa dan Sastera di Persatuan Pure Life (PLS)

Pengenalan

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pernah mengendalikan beberapa program bahasa, sastera, dan galakan membaca di Persatuan Pure Life (PLS) pada tahun 2003. Malah, sepuluh remaja dari PLS turut terlibat sebagai peserta dalam acara Baca Cerpen Kavyan pada Ogos 2003. Acara Baca Cerpen PLS pula diadakan di PLS melibatkan 15 kanak-kanak dan remaja membaca petikan karya Bahasa Malaysia kegemaran mereka.

Uthaya Sankar SB bertemu Mother Mangalam pada 27 November 2018 semasa beliau masuk wad di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Dalam pertemuan itu, Mother Mangalam mencadangan projek bahasa dan sastera cuba dikendalikan semula di PLS kerana ternyata membawa kesan positif yang berpanjangan kepada kanak-kanak dan remaja terbabit. Walau bagaimanapun, program tidak dapat diatur segera kerana masalah kesihatan Mother Mangalam. Kemudian, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Mac 2020 akibat penularan Covid-19 membantutkan usaha berkenaan.

Mother Mangalam meninggal dunia pada 10 Jun 2023. Kemudian, Datuk Ambiga Sreenevasan dipilih untuk menggalas tugas sebagai presiden PLS. Hasil perbincangan Uthaya dengan Datuk Ambiga, beliau menyatakan minat meneruskan program bahasa dan sastera di PLS.

Pada 9 Ogos 2023, Uthaya bertemu Dr. Anucia Jeganathan (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PLS). Turut terlibat dalam perbincangan di pejabat PLS ialah Sumathi Sankaran dan Malar. Pihak PLS bersetuju dan mengalu-alukan program bahasa dan sastera diteruskan demi manfaat kanak-kanak dan remaja terbabit. Program akan dilaksanakan secara bulanan supaya benar-benar mencapai matlamat.

 

Matlamat Program

1. Memupuk minat terhadap Bahasa Malaysia

2. Membudayakan amalan membaca buku cerita

3. Mencungkil bakat penulisan karya kreatif

4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi


[Foto acara 26 Ogos 2023. Lebih banyak foto DI SINI]

[Foto acara 23 September 2023. Lebih banyak foto DI SINI]

[Foto acara 7 Oktober 2023. Lebih banyak foto DI SINI]


Tarikh

✅ Sesi 1: 26 Ogos 2023 (Sabtu) - Seronoknya Membaca: Nari! Nari! - melibatkan 55 peserta kanak-kanak dan remaja

✅ Sesi 2: 23 September 2023 (Sabtu) - Rasa Sayang: Penghayatan Pantun - melibatkan 25 peserta kanak-kanak

✅ Sesi 3: 7 Oktober 2023 (Sabtu) - Membaca dan Menulis Cerita - melibatkan 25 peserta remaja

❌ Sesi 4: 4 November 2023 (Sabtu) - Sastera, Seni, dan Budaya I - melibatkan 20 peserta kanak-kanak dan remaja [Tidak dapat diadakan kerana ada acara yoga di PLS]

❌ Sesi 5: 25 November 2023 (Sabtu) - Seronoknya Membaca I - melibatkan 15 peserta kanak-kanak [Tidak dapat diadakan kerana ad lawatan syarikat Jepun ke PLS]

Sesi 6: 2 Disember 2023 (Sabtu) - Sastera, Seni, dan Budaya II - melibatkan 20 peserta kanak-kanak dan remaja

Sesi 7: 23 Disember 2023 (Sabtu) - Seronoknya Membaca II - melibatkan 15 peserta kanak-kanak

[tarikh sesi untuk tahun 2024 akan dikemas kini]

 

Masa

9:00 – 11:00 pagi [Waktu Kavyan]

Tempat

Dewan Persatuan Pure Life, Jalan Puchong, Kuala Lumpur

(Bersebelahan SK Sathya Sai dan SMK Dharma)

Waze: Persatuan Pure Life [Jangan cari “Pure Life Society”]

 

Sukarelawan Kavyan

Uthaya bertindak sebagai penyelaras dan pengendali program. Beberapa Sasterawan Kavyan dan Sukarelawan Kavyan akan membantu mengikut kelapangan masing-masing. Para wakil Kavyan perlu akur pada peraturan dan syarat yang ditetapkan bagi memastikan program berjalan lancar. Sukarelawan Kavyan pada 26 Ogos 2023 ialah Thanusya Shanmuganathan, Prabhawathy Govindarajoo, dan Devishi Prabha Sankari. Sukarelawan Kavyan pada 23 September 2023 ialah Devishi Prabha Sankari.

 

Peserta

Jumlah keseluruhan peserta ialah 55 orang iaitu sekitar 25 kanak-kanak dan 30 remaja dengan pelbagai tahap pencapaian akademik dan penguasaan Bahasa Malaysia. Mereka tinggal di PLS dan merupakan kumpulan sasaran yang amat sesuai dengan matlamat program. Pada masa depan, penyertaan mungkin dibuka kepada orang luar.

Teks Asas Program

Dalam mesyuarat pada 9 Ogos 2023, dipersetujui supaya buku Nari! Nari! (2023) dijadikan teks program bulanan kerana kandungannya memenuhi keperluan peserta dan matlamat program.

 

Sumbangan/Tajaan Bagi Buku/Hadiah

Sejumlah 55 naskhah buku Nari! Nari! diperlukan bagi tujuan program pertama pada 26 Ogos 2023. Ia melibatkan kos RM10 x 55 buku = RM550. Orang ramai yang sudi amat dialu-alukan menghulurkan sumbangan bagi menampung kos ini. Sumbangan RM10 membolehkan seorang peserta mendapat sebuah buku. (Nota: Harga RM10 merupakan harga kos bagi buku berkenaan dan tidak melibatkan sebarang keuntungan.) Kos-kos lain ditanggung oleh Uthaya. Untuk menyumbang, hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Surat rasmi akan diberi bagi setiap sumbangan. 

Terima kasih kepada Anthony Louis, Anuradha Chelliah, dan M. Mahendran yang sudi menyumbang bagi menampung kos program 26 Ogos 2023

Bagi menampung kos membeli hadiah untuk program 23 September 2023, sumbangan ikhlas diterima daripada Kumanan Kandasamy, Dr. Gopala Krishnan Nair, dan Prem Kanna Dorairaj.